Gondola Terdampar, Terusan Di Venice Kering Akibat Kemarau

Terusan Di Venice Kering

Gondola Terdampar, Terusan Di Venice Kering Akibat Kemarau

Pelancong yang ingin ke Venice mungkin terpaksa membatalkan rancangan mereka untuk menaiki gondola romantis selepas City of Water itu sedang menghadapi musim kemarau, lapor New York Post.

Bot dayung ikonik itu dilaporkan telah terkandas selepas musim sejuk dengan hujan yang sedikit dan salji mengakibatkan paras air menjadi rendah. Paras air di terusan bandar timur laut itu menjadi rendah yang sangat luar biasa.

Sekumpulan saintis alam sekitar menyatakan kebimbangan bahawa Itali mungkin akan mengalami kemarau sekali lagi. Ianya berikutan kemarau yang dahsyat berlaku pada musim panas yang lalu.

Baca: Terkenal Sebagai Kampung Jungkook & Jimin BTS, Rupanya Ini Yang Buat Ramai Tak Senang Duduk Bila Sebut Busan

Selain kekurangan hujan, keadaan kering di Venice turut dipersalahkan atas faktor sistem tekanan yang tinggi, bulan purnama, air surut dan arus laut yang tidak menguntungkan.

Gondola dan bas air yang dikenali sebagai vaporettos telah dibiarkan terdampar oleh penduduk setempat.

Video yang disiarkan oleh Local Team menunjukkan bot-bot telah terdampar di terusan kering di bandar tersebut di mana banjir kebiasaannya menjadi kebimbangan utama.

Pada hari Isnin, kumpulan alam sekitar Legambiente berkata sungai di seluruh Itali telah terjejas oleh kekurangan air yang teruk. Ini termasuk terusan terpanjang iaitu Po yang kekurangan air sehingga 61% daripada kebiasaannya pada tahun ini.

Kredit AFP

“Kita berada dalam situasi defisit air yang telah meningkat sejak musim sejuk 2020-2021,” kata pakar Massimiliano Pasqui dari Majlis Penyelidikan Kebangsaan Itali kepada laman berita Corriere delle Sera.

“Kita perlu mendapatkan semula paras air sebanyak 500mm di kawasan barat laut. Kita memerlukan 50 hari hujan,” katanya kepada akhar tersebut.

Sementara itu, di utara Itali, paras air juga telah jatuh ke paras terendah. Sehingga ia membolehkan orang ramai untuk sampai ke pulau kecil San Biagio dan tasik dengan berjalan kaki.

“Tiada apa-apa yang berubah sejak 2022,” Luca Mercalli, presiden Persatuan Meteorologi Itali, memberitahu Guardian.

“Kita masih dalam keadaan defisit. Kita harus tunggu musim bunga yang kebiasaannya merupakan tempoh hujan paling banyak di lembah Po. Terdapat kemungkinan besar bahawa hujan pada bulan April dan Mei boleh mengimbanginya, ia harapan terakhir,” katanya lagi.

Sumber: New York Post

The post Gondola Terdampar, Terusan Di Venice Kering Akibat Kemarau appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*