Guna 2 Benda Ni Je, Lelaki Kongsi Cara Mudah Tanggalkan “Road Tax” Tanpa Kesan Gam

cara tanggalkan road tax

Guna 2 Benda Ni Je, Lelaki Kongsi Cara Mudah Tanggalkan “Road Tax” Tanpa Kesan Gam

Cukai jalan atau road tax merupakan antara benda penting yang perlu dipamerkan oleh semua pemilik kenderaan yang berdaftar di Malaysia seperti yang termaktub di dalam undang-undang jalan raya.

Road tax ini kebiasaannya dapat dilihat ditampal di bahagian sebelah kiri cermin hadapan sesebuah kenderaan.

Pun begitu, susulan daripada pengumuman Menteri Pengangkutan, Anthony Loke baru-baru ini yang menyatakan bahawa tidak wajib untuk menampal road tax pada cermin kereta pastinya membuatkan ramai yang terfikir untuk menanggalkannya daripada kenderaan.

Namun begitu, pelekat tersebut jika dicabut dengan cara atau teknik yang salah, ianya pasti akan meninggalkan kesan gam yang sukar untuk dibersihkan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Sebenarnya, terdapat cara yang boleh dirujuk bagi memastikan perkara tersebut tidak berlaku kepada anda.

Jadi, untuk mengetahuinya, ikuti perkongsian saudara Khairil Afif di YouTube miliknya tentang bagaimana cara mudah untuk tanggalkan road tax lama tanpa kesan gam.

Sebelum itu, anda perlu sediakan dua benda ini untuk mula tanggalkan road tax tersebut.

Dua benda tersebut ialah, kain dan air panas.

cara tanggalkan road tax 1
Kredti Khairil Afif

Menurut Khairil Afif, langkah pertama yang perlu anda buat ialah celup kain tadi dengan air panas yang telah disediakan.

Apa langkah yang perlu dibuat?

Langkah kedua pula ialah, ambil kain yang dicelup dengan air panas tadi kemudian sapukan atau tekap di atas road tax dari sebelah luar cermin kenderaan anda.

cara tanggalkan road tax 2
Kredit Khairil Afif
cara tanggalkan road tax 3
Kredit Khairil Afif

Tekap kain tadi lebih kurang dalam tempoh seminit. Langkah itu dibuat untuk mencairkan gam road tax tersebut.

Selepas cukup seminit anda boleh mula tanggalkan road tax tadi dengan perlahan. Dengan cara ini anda boleh tanggalkan road tax tadi dengan mudah tanpa tinggalkan kesan gam.

cara tanggalkan road tax 4
Kredit Khairil Afif
cara tanggalkan road tax 5
Kredit Khairil Afif

Sekarang anda boleh tanggalkan road tax kenderaan anda tanpa risau ia akan meninggalkan kesan gam yang teruk.

Diharap dengan perkongsian daripada saudara Khairil Afif ini dapat membantu anda semua yang sedang gelisah fikir macam mana nak tanggalkan road tax biar nampak kemas.

Sumber: Khairil Afif

The post Guna 2 Benda Ni Je, Lelaki Kongsi Cara Mudah Tanggalkan “Road Tax” Tanpa Kesan Gam appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*