Connect with us

Semasa

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat ‘Hadiah’ Basikal Baru

Published

on

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat ‘Hadiah’ Basikal Baru 17

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat..

Bukan mudah untuk mencari rezeki yang halal buat keluarga di rumah. Namun hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.

Menerusi satu perkongsian dibuat oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Syamieyl, dia telah berkongsi kisah perjuangan seorang bapa muda yang mencari rezeki sebagai penghantar makanan.


Hantar makanan naik basikal usang..

Pada awalnya, rakannya telah membuat pesanan makanan menerusi aplikasi Foodpanda sebelum mendapati bahawa penghantar makanan tersebut mengayuh basikal yang agak usang meredah hujan lebat.

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat ‘Hadiah’ Basikal Baru 18

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat ‘Hadiah’ Basikal Baru 19

Segera dapatkan maklumat

Sebak melihat keadaan tersebut, rakan Syamieyl telah membuat naik status di Facebook bagi mendapatkan nombor telefon penghantar makanan tersebut untuk diberikan bantuan.

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat ‘Hadiah’ Basikal Baru 20

Baju hujan pun beli bundle

Apabila berjaya dihubungi, mereka telah bertemu dan menceritakan apa yang terjadi. Paling sedih apabila lelaki tersebut memberitahu sewaktu melalui kedai bundle dan membeli baju hujan bernilai RM3 untuk melindungi diri ketika menghantar makanan.

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat ‘Hadiah’ Basikal Baru 21

Dapat sumbangan terus belikan basikal baru

Rakan Syamieyl yang juga merupakan ahli badan bukan kerajaan (NGO) telah memuat naik status di Facebook untuk meminta sedikit sumbangan bagi membeli basikal baharu buat penghantar makanan terbabit.

Rezeki yang hadir sememangnya tidak salah alamat apabila dia berjaya mengumpul sejumlah bantuan dan terus membelikan basikal baharu buat lelaki berkenaan.

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat ‘Hadiah’ Basikal Baru 22

Tambah pengguna Twitter itu, betapa sebak hatinya apabila sampai di rumah penghantar makanan tersebut dimana mereka disambut oleh anak kepada lelaki itu yang masih kecil.

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat ‘Hadiah’ Basikal Baru 23

Dibuang kerja sebelum ini…

Sebenarnya, penghantar makanan tersebut telah dibuang kerja dan sudah sebulan mencari pekerjaan baharu. Akhirnya dia diberi peluang untuk menjadi penghantar makanan berbasikal oleh Foodpanda.

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat ‘Hadiah’ Basikal Baru 24

Terima kasih kepada yang memberi sumbangan

Di akhir perkongsian Syamieyl itu, dia mendoakan agar bapa muda itu terus kuat dan tabah dalam mencari rezeki yang halal buat keluarga.

Dia juga sempat berterima kasih tidak terhingga kepada NGO yang sama-sama membantu mencari sumbangan demi membelikan sebuah basikal baru buat penghantar makanan terbabit.

Guna Basikal Uzur Buat Food Delivery, Air Mata Lelaki Ini Gugur Bila Dapat ‘Hadiah’ Basikal Baru 25

 

Sumber: Syamieyli

Ada Telegram Klik Sini... https://bit.ly/2J496w6 

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Fanpage

Tags

Trending