“Guna Masa Buat Benda Kreatif Lain,” Presiden Ireland Mahu Kerja Sekolah Diharamkan

“Guna Masa Buat Benda Kreatif Lain,” Presiden Ireland Mahu Kerja Sekolah Diharamkan

Presiden Ireland, Michael D. Higgins menyeru agar kerja sekolah diharamkan di Ireland, lapor Irish Mirror.

Beliau dilaporkan berharap agar masalah masa terluang di luar waktu persekolahan yang dihadapi pelajar generasi baharu dapat diatasi.

Presiden Higgins berpendapat bahawa perkara ini membolehkan generasi muda dapat meluangkan masa dengan lebih kreatif di luar waktu sekolah.

Bekas Menteri Kesenian itu percaya bahawa aktiviti sekolah sepatutnya berakhir di pintu pagar sekolah dan waktu sekolah.

“Saya fikir sendiri bahawa masa di rumah dan masa di sekolah adalah pengalaman yang sangat mendidik, ia harus diselesaikan di sekolah dan pelajar harus dapat menggunakan masa mereka untuk perkara kreatif yang lain,” ujarnya dalam satu wawancara di RTE’s news2day.

Para pelajar dari St Kevin’s National School, Littleton, County Tipperary turut mengemukakan beberapa soalan kepada Presiden Higgins dalam rancangan RTÉ news2day itu di Áras an Uachtaráin.

Dalam pada itu, Presiden Higgins juga turut menyatakan kepada kanak-kanak tentang minatnya terhadap bola baling dan kepentingan persahabatan dalam kehidupan mereka.

Beliau turut memberikan nasihat kepada para pelajar dengan berkata, “terapkan sifat ingin tahu tentang segala-galanya dan pastikan anda tak terlepas kegembiraan berkongsikan maklumat.

“Saya rasa satu perkara yang penting ialah persahabatan dan memastikan tiada siapa yang hidup tanpa persahabatan. Kita semua akan melakukan setiap perkara seorang diri tetapi saya rasa persahabatan yang anda temui sebenarnya akan sentiasa menjadi kenangan indah dan itu sangat penting.

“Dan juga beranikan diri untuk berdikari dan biarkan kanak-kanak lain diberi ruang untuk berdikari kerana tiada seorang pun daripada kita yang sama.

“Kami semua unik tetapi pada masa yang sama kami mempunyai banyak perkara untuk kami laksanakan,” kata Presiden Higgins.

Selain itu, Presiden Higgins juga menggalakkan kanak-kanak Ireland untuk bercakap bahasa Ireland.

Beliau menggalakkan mereka untuk bercakap bahasa Ireland dengan cara yang menyeronokkan dan berasa bebas untuk menggunakan apa sahaja bahasa yang mereka ada.

Sumber: Irish Mirror

The post “Guna Masa Buat Benda Kreatif Lain,” Presiden Ireland Mahu Kerja Sekolah Diharamkan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*