Guna Maybank2U, Boleh Simpan Duit Raya Anak Terus Ke Akaun Tabung Haji

duit raya tabung haji

Guna Maybank2U, Boleh Simpan Duit Raya Anak Terus Ke Akaun Tabung Haji

Musim raya bakal berkunjug tiba dan banyak wang yang digunakan untuk membuat persiapan raya.

Kebanyakan orang akan kering selepas musim raya tetapi hanya ‘golongan ini’ yang dapat memperoleh hasil pulangan lumayan ketika perayaan ini.

Golongan tersebut sudah semestinya, kanak-kanak. Hal ini disebabkan kanak-kanak bakal menerima sejumlah wang daripada tuan rumah dan saudara mara.

Bagi kanak-kanak, duit raya merupakan antara perkara yang paling menyeronokkan ketika lebaran.

Kalau masuk raya keenam, wang yang dikumpul sudah semestinya mencecah ratusan ringgit. Ada segelintir ibu bapa malas untuk ke bank dan memilih untuk menyimpan duit raya anak di rumah sahaja.

Namun, perkara ini kadang kala boleh mendatangkan bahaya kepada keluarga terbabit. Malah, duit simpanan anak tidak dapat bertambah kerana tiada pertambahan dividen.

Berbeza pula dengan menyimpannya dalam akaun bank atau akaun simpanan, khususnya Tabung Haji. Setiap tahun, wang simpanan anak kita akan ‘beranak’ kerana menerima dividen daripada pihak  berkenaan.

Menurut hantaran Facebook Aya Chalo yang pernah dikongsikan Siakap Keli sebelum ini, wanita tersebut mengajar satu tip mudah bagi menyimpan wang anak-anak anda.

Ini merupakan cara mudah untuk menyimpan duit raya anak ke Akaun Tabung Haji masing-masing melalui perbankan atas talian Maybank2U.

Kira macam win-win situation, ibu bapa tidak perlu pergi ke bank, pada masa yang sama dapat memasukkan wang terus ke dalam akaun anak dan memperolehi manfaat dividen.

Anda boleh ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Ibu/Bapa WAJIB memiliki akaun Tabung Haji dan WAJIB daftar terlebih dahulu di ATM Maybank (rujuk gambar).

Langkah 2: Selepas ibu/bapa mendaftar di Maybank, barulah boleh mendaftarkan akaun anak-anak pula. Ini pun buat melalui ATM Maybank. (Rujuk gambar)

Langkah 3: Selepas daftar, bolehlah TRANSFER duit raya anak-anak melalui laman web Maybank2U (atau kalau rajin ke ATM pun boleh) ke dalam akaun TH memasing.

Bagi cara-cara mendaftar dan menghubungkan akaun melalui ATM, Aya Chalo telah menunjukkan langkah satu persatu menerusi hantaran Facebook di bawah.

Bagi yang belum membuka Akaun Tabung Haji, anda boleh membuka akaun di TH, Bank Islam dan Bank Rakyat.

Bawa dokumen seperti Mykad ibu/bapa/penjaga (ibu bapa tiri bawa sijil nikah), bawa Mykid dan Sijil Kelahiran anak.

Pada akhir hantarannya, Aya Chola mengatakan bahawa tips ini juga boleh diguna pakai oleh ibu bapa bagi menyimpan wang sendiri di dalam akaun TH.

BACA: Aset Atas Nama Ibu, Hiba Abouk Rasa Hiba, Mungkin Tak Dapat Tuntut Harta Achraf Hakimi

Sumber: (Aya Chalo) via Facebook

The post Guna Maybank2U, Boleh Simpan Duit Raya Anak Terus Ke Akaun Tabung Haji appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*