Guna Peta Prasejarah Ini, Jom “Check” Lokasi & Keadaan Rumah Anda Pada Zaman Dinasour

Pernahkah anda terfikir, bagaimana keadaan kawasan kediaman kita dalam peta pada zaman dahulu kala, lagi-lagi pada era prasejarah.

Adakah lokasi rumah kita sama seperti hari ini? Atau adakah kampung halaman kita ketika itu tidak wujud, masih dibawah paras laut ataupun kawasan berais?

Berkat perkembangan teknologi terkini, kita dapat mengenalpasti keadaan geografi kawasan tempat tinggal kita, khususnya pada zaman dinosaur.

Keadaan geografi semasa era prasejarah ini boleh diketahui dengan menggunakan kaedah glob atau peta Bumi kuno interaktif, yang dikenali sebagai Ancient Earth Map.

Kredit: United States Geological Survey

Secara umumnya, peta Bumi kuno ini telah dihasilkan oleh Ian Webster, berdasarkan data-data milik CR Scotese yang diperolehi daripada PALEOMAP Project.

Untuk makluman, peta interaktif ini akan menunjukkan keadaan permukaan planet Bumi pada 240 juta tahun lalu, iaitu ketika semua daratan di Bumi masih bercantum dan membentuk sebuah benua super ‘Pangea’.

Selain itu, anda juga boleh memilih untuk melihat keadaan Bumi, bermula pada 750 juta tahun lalu sehingga zaman sekarang.

Peta ini boleh diakses menerusi laman web Ancient Earth Map, pada pautan https://dinosaurpictures.org/ancient-earth.

Bukan itu sahaja, laman web ini juga mampu menunjukkan perubahan keadaan geografi sesuatu kawasan berdasarkan tempoh tertentu, seperti Zaman Triasik, Jurasik dan sebagainya.

Cara-cara untuk mencari ‘rumah’ anda pada zaman prasejarah

Sesiapa yang ingin memeriksa keadaan kawasan tempat kediamannya pada zaman kuno, anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah

Pertama sekali, anda perlu membuka laman web menerusi pautan di atas. Kemudian, tentukan tempoh masa atau zaman yang diingini pada pilihan masa tertera.

Akhir sekali, anda masukkan lokasi anda pada kotak carian “Enter a city name to view from globe“. Dalam beberapa saat sahaja, laman tersebut akan menunjukkan lokasi anda dengan meletakkan pin merah

Semasa menulis artikel ini, penulis pun cuba melihat keadaan tempat tinggalnya pada 750 juta tahun dahulu. Rupanya, Petaling Jaya ditenggelami air pada 750 juta tahun dulu dan ketika itu Bumi sedang mengalami Zaman Cryogenian.

Pada zaman itu, Bumi telah diselaputi glasier dan berlaku kemunculan kehidupan baharu seperti alga hijau dan merah.

Kredit: Ancient Earth Map

Menarik bukan? Cuba anda lihat kawasan tempat tinggal anda, adakah tempat tinggal anda memiliki keadaan geografi yang menarik pada dahulu kala?

Jika menarik, jangan lupa untuk kongsikan kepada rakan dan ahli keluarga anda.

BACA: Saintis Rusia Didakwa Cuba Hidupkan Virus Zaman Purba Ditemui Dalam Fosil Haiwan Prasejarah

Sumber: Kumparan

The post Guna Peta Prasejarah Ini, Jom “Check” Lokasi & Keadaan Rumah Anda Pada Zaman Dinasour appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*