Guna Tiga Bahan Mudah, Ini Cara Elak Kucing Kencing Merata Di Rumah 

cara elak kucing kencing

Guna Tiga Bahan Mudah, Ini Cara Elak Kucing Kencing Merata Di Rumah 

Setiap orang yang membela kucing, pastinya menghadapi masalah seperti kucing kencing di merata-rata tempat, rumah berbau hancing kerana air kencing haiwan itu dan macam-macam lagi kesulitan yang dihadapi.

Walaupun menghadapi pelbagai kesusahan namun siapa sahaja yang boleh untuk membenci haiwan berbulu itu? Kadangkala ia memberi ketenangan disaat dilanda masalah.

Tidak ramai juga yang mempunyai kesetiaan seperti kucing, iaitu tidak akan meninggalkan tuan kecuali dibuang atau meninggal dunia yang tidak dapat dicari dan ada pada segelintir manusia.

Untuk itu, artikel kali ini akan bekongsi mengenai petua untuk mengelakkan kucing kencing merata-rata buat mereka yang runsing memikirkan masalah tersebut.

Cara elak kucing kencing

Dalam perkongsian di Facebook, pemilik akaun Ella Ahmad berkongsi kepada warga maya berkenaan petua yang telah dicuba olehnya.

Menurutnya, dengan menggunakan tips yang diberikan haiwan berbulu itu tidak akan berani untuk membuang najis di tempat yang sama.

BACA: Tujuh Petua Hilangkan Gatal Tekak & Batuk Dengan Pantas

Bahan-bahan yang diperlukan 

Wanita itu berkata petua itu hanya memerlukan dua bahan yang boleh didapati di pasar raya yang terdekat dengan rumah.

Kredit: FB Ella Ahmad

Bahan-bahan tersebut ialah cuka dan sabun pelembut atau pewangi fakbrik. Campurkan bahan tersebut dalam botol penyembur dan goncangkan supaya ia sebati.

Tiada sukatan yang diperlukan, namun air kosong itu perlulah diletakkan dengan banyak, kemudian diikuti cuka dan sabun pelembut fabrik.

Cara-cara penggunaan

Setelah itu, semburkan di tempat yang selalu menjadi pilihan untuk kucing kencing di dalam rumah.

Dengan hanya beberapa kali semburan, kucing bukan sahaja tidak akan membuang najis di tempat yang sama, malah bau hancing juga akan perlahan-lahan hilang.

Semburan itu perlulah dilakukan setiap minggu kerana ia tidak akan kekal dengan hanya sekali semburan dan memerlukan penggunaan yang konsisten supaya kucing tidak akan membuang najis di tempat yang sama.

Petua tersebut boleh digunakan selepas penggunaan botol merah (air sirap) tidak memberi kesan kepada kucing.

Bahan yang diperlukan bukan sahaja mudah didapati namun harganya juga tidak melebihi harga RM30.

Buat mereka yang mempunyai haiwan peliharaan kucing, boleh cuba tips yang diberikan di bawah. Semoga bermanfaat.

Sumber: Ella Ahmad/Facebook

The post Guna Tiga Bahan Mudah, Ini Cara Elak Kucing Kencing Merata Di Rumah  appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*