Gunung Berapi Bakal Meletus Pertama Kali Dalam 500 Tahun

Gunung Berapi Bakal Meletus Pertama Kali Dalam 500 Tahun

Perancangan sedang dibuat untuk memindahkan puluhan ribu orang yang hidup dalam ketakutan kerana gunung berapi yang kelihatan bakal meletus.

Gunung berapi yang dinamakan Campi Flegrei itu berdekatan dengan wilayah Naples, Itali. Ia terdiri daripada 24 kawah dan gunung berapi dalam laut yang besar dengan letusan besar-besaran yang disangka telah berlaku kira-kira 18,000 tahun yang lalu.

Namun, sejak tahun 2022, aktiviti gunung berapi itu semakin meningkat, termasuklah gempa bumi, yang terkuat dalam 40 tahun yang terjadi pada bulan September tahun ini dengan kekuatan 4.2 magnitud.

Satu lagi gempa berskala 4.0 berlaku pada 2 Oktober dan pakar sedang risau sekiranya gunung berapi itu meletus. Tiada siapa yang telah memberikan jangkaan yang tepat tentang bila ia akan meletus, atau ia mampu untuk meletus.

Perancangan Dibuat

Tetapi, perancangan evakuasi telah membuatkan orang ramai di kawasan itu panik untuk apa yang bakal terjadi pada masa akan datang nanti.

Menteri Perlindungan Awam Nello Musumeci mengatakan bahawa evakuasi hanya akan terjadi dalam kes “keperluan ekstrem,” tetapi mengesahkan bahawa rancangan telah dibuat sekiranya ia berlaku.

Pada bulan April yang lalu, telah dilaporkan bahawa 600 gempa bumi terjadi pada bulan itu.

Seorang lelaki tempatan, Francesco Cammarota menjelaskan, “Dalam beberapa hari terdapat lebih dari satu gempa bumi. Ia menakutkan, terutama pada waktu malam. Suatu hari ia akan meletus,”

Direktori Observatorium Vesuvius yang bernama Mauro Antonio Di Vito, memberi amaran tentang bahaya sebenar yang akan terjadi sekiranya gunung berapi itu meletus.

Campi Flegrei Akan Meletus Atau Tidak?

Katanya, “Kawasan-kawasan ini telah dibandarkan tanpa mempertimbangkan kerapuhannya. Bangunan-bangunan perlu dibina dengan lebih baik dan kita memerlukan perubahan budaya untuk lebih menggalakkan orang ramai melakukannya.”

Dan penyelidik Observator Stefano Carlino berkata, “Sama untuk semua gunung berapi yang telah tidak aktif selama beberapa generasi.

“Campi Flegrei mungkin akan memasuki rutin baru naik dan turun dengan perlahan, seperti yang terlihat di gunung berapi yang sama di seluruh dunia, atau hanya kembali tidak aktif.

“Kami belum dapat mengatakan dengan pasti apa yang akan berlaku. Perkara penting adalah bersedia untuk semua kebarangkalian,” katanya.

Letusan yang kecil pernah terjadi pada tahun 1538, yang berlarutan dari bulan September ke Oktober tahun itu.

Ramai berpendapat bahawa letusan yang amat besar sekitar 40,000 tahun lalu telah mengakibatkan kepupusan Neanderthal.

Sumber: Daily Star

BACA JUGA: Gempa Bumi Ketiga Landa Afghanistan, Seorang Maut & 100 Cedera

 

The post Gunung Berapi Bakal Meletus Pertama Kali Dalam 500 Tahun appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*