Guru didakwa rogol 2 pelajar sekolah di Bintulu, telah berjaya ditahan PDRM – Sumber

Seorang penjawat awam yang dikehendaki pihak polis kerana disyaki terbabit dalam kes rogol dua pelajar perempuan Tingkatan Dua di sebuah sekolah di Sebauh, Bintulu, dilaporkan telah ditahan.

Menurut sumber dari Bintulu News Page, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapat maklumat bahawa suspek yang berasal dari Tumpat, Kelantan itu bersembunyi di Thailand.

Bertindak di atas maklumat itu, PDRM dengan bantuan pihak berkuasa Thailand telah menahan suspek, Tengku Nasrul Haizal Mohd Nasir untuk siasatan lanjut.

Gambar suspek ditahan juga tersebar di media sosial, mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengucapkan syabas kepada PDRM yang komited menjalankan tugas.

Pada Ogos lalu, dua pelajar yang menjadi mangsa rogol tampil membuat laporan polis mendakwa telah dirogol oleh suspek di bilik muzik, sekolah di daerah Sebauh.

Mangsa turut mendakwa mereka telah diugut oleh suspek untuk tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa menyebabkan mangsa terpaksa berdiam diri selama dua bulan.

Kejadian itu terbongkar selepas perubahan mangsa yang kelihatan murung menimbulkan tanda tanya keluarganya lalu mendesak mangsa untuk menceritakan apa sebenarnya yang telah berlaku.

BACA: “Tak zina sebab jaga niat…”- Wanita ini dikecam ‘travel’ di Thailand tidur sebilik dengan pakwe

Sumber: Bintulu News Page

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*