Guru disyaki rogol 2 pelajar hilang sejak 19 Julai, dibekukan gaji

Guru lelaki yang disyaki merogol dua pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Sebauh, Bintulu, Sarawak, telah dibekukan gaji, lapor Harian Metro.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan membekukan gaji guru berusia 33 tahun berasal dari Tumpat, Kelantan itu selepas polis mengeluarkan kenyataan dan foto fit suspek yang telah menghilangkan diri sejak 19 Julai lalu.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti, Fatimah Abdullah berkata, kes itu telah dirujuk kepada Lembaga Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak.

“Polis masih memburu suspek yang menghilangkan diri sejak kes itu terbongkar bulan lalu dan saya berharap pihak berkuasa lain termasuk Jabatan Imigresen Malaysia dapat mengesan suspek. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Dalam masa sama, pihaknya telah menjalankan tindakan susulan dengan memberi sistem sokongan terhadap dua mangsa terbabit, termasuk bantuan perubatan dan khidmat psikologi bagi memastikan pelajaran mereka tidak terjejas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit mengesahkan pihaknya sedang menjalankan siasatan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek, tampil menyalurkan maklumat.

BACA: Remaja 19 tahun diumpan makan sate, sebelum dirogol 3 lelaki secara bergilir-gilir

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*