Hadi Fayyadh Sertai Perak FC

Hadi Fayyadh sertai Perak FC

IPOH, 13 Jan (Bernama) — Bekas penyerang skuad Harimau Muda, Hadi Fayyadh Abdul Razak, yang beraksi di Liga Jepun (J-League) selama tiga musim sejak 2019, kini menjadi milik Perak FC bagi menghadapi kempen Liga Super 2023.

Hadi Fayyadh, 22,  bekas penyerang pasukan Azul Claro Numazu dalam divisyen tiga J-League, itu mengikat kontrak selama dua tahun dengan pilihan satu tahun bersama Perak FC.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobie Farid Shamsudin, berkata usaha untuk mendapatkan pemain itu dirancang sejak tahun lepas.

“Proses untuk memujuk beliau (Hadi) untuk menyertai Perak mengambil masa yang lama sebelum pemain kelahiran Ulu Bernam (Perak)  itu bersetuju pulang ke tanah air daripada kelab Jepun.

Baca: Kebanyakan ‘Owner’ Terlepas Pandang, 5 Perkara Penting Kena Teliti Sebelum Perbaharui Insurans Motosikal

“Hadi Fayyadh kita cuba tidak dapat pada awalnya sebelum ini namun akhirnya rezeki dia setuju datang ke Perak dan kita harapkan beliau dapat perkuatkan jentera serangan kita dan mampu memberi impak kepada pasukan,” katanya pada sidang media sempena  Pelancaran Jersi Baharu Perak FC 2023 di Stadium Perak, Ipoh, hari ini.

Turut hadir, Ketua Jurulatih Perak FC, Lim Teong Kim dan pemain senior, Wan Zack Haikal Wan Noor.

Sementara itu, Hadi Fayyadh berkata beliau teruja menyarung jersi Perak FC di bawah kendalian Teong Kim dan menyifatkan penyertaannya ke kelab itu ibarat sirih pulang ke gagang.

“Perak sentiasa berada di hati saya, saya lahir dan membesar di sini jadi harapan saya musim 2023 akan menjadi detik istimewa  bagi membantu Perak kembali menyinar di pentas saingan domestik.

“Sudah pasti saya bangga dan gembira kerana berpeluang menggalas tanggungjawab ini, apatah lagi pasukan ini antara pasukan yang digeruni malah saya percaya Perak mampu memberi cabaran kepada pasukan lain di Liga Super kelak,” katanya.

Perak FC juga hari ini memperkenalkan jersi baharu pasukan secara rasmi untuk saingan Liga Super 2023 yang akan membuka tirainya 24 Feb depan.

Warna jersi kuning akan terus menjadi jersi utama pasukan itu manakala bagi jersi tempat lawan akan kekal berwarna hitam dan jersi warna putih adalah jersi ketiga Perak FC.

Selain itu tiga corak jersi berwarna biru, hijau dan merah jambu menjadi pilihan Perak FC bagi jersi sesi latihan serta pemanas badan.

Sumber: BERNAMA

The post Hadi Fayyadh Sertai Perak FC appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*