Hadiah Kawan “Wooden Play Button”, Dapat 100 Pengikut Youtube

Hadiahkan Kawan “Wooden Play Button”

Hadiah Kawan “Wooden Play Button”, Dapat 100 Pengikut Youtube

Seorang kanak-kanak lelaki menerima hadiah paling manis daripada rakannya selepas dia berjaya meraih 100 pengikut di Youtube.

Menurut laporan India Today, kanak-kanak tersebut menerima hadiah “Wooden Play Button” sebagai tanda meraikan kejayaan tersebut.

Menerusi hantaran Twitter yang dibuat oleh ayah kanak-kanak berkenaan, sekeping foto “Wooden Play Button” itu turut dimuat naik. Berbeza dengan warna rasmi Play Button daripada Youtube, “Wooden Play Button” berkenaan berwarna merah jambu.

Perkongsian berkenaan pantas menjadi viral di media sosial dan menerima pelbagai komen membina daripada netizen.

Hantaran Matt Koval itu mendapat lebih 72 ribu tanda suka dan diulang kicau lebih 5,000 kali. Menerusi ruangan balas, rata-rata netizen mengucapkan tahniah kepada anaknya dan memuji persahabatan mesra yang ditunjukkan mereka.

Apa itu Play Button Youtube?

Play Button Youtube adalah plak penghargaan yang diberikan oleh Youtube kepada pencipta kandungan yang berjaya mengumpul pengikut dalam jumlah tertentu.

Terdapat empat jenis plak penghargaan yang diberikan oleh Youtube. Plak berwarna perak akan dianugerahkan kepada pencipta kandungan yang berjaya mengumpul 100,000 pengikut. Seterusnya, plak emas diberikan apabila berjaya mengumpul 1,000,000 pengikut.

Plak berlian pula akan diberi apabila saluran Youtube diikuti 10,000,000 pengikut. Manakala plak tertinggi, iaitu berlian merah akan diberikan kepada pencipta kandungan yang mempunyai 100,000,000 pengikut.

Bagaimanapun, terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi oleh pencipta kandungan bagi melayakkan mereka menerima plak anugerah ini.

Antaranya, mereka adalah pencipta kandungan yang aktif menghasil dan memuat naik kandungan di saluran Youtubenya. Selain itu, saluran tersebut juga tidak pernah melanggar apa-apa Garis Panduan Komuniti yang ditetapkan Youtube.

Anda juga mestilah sebahagian daripada Youtube Partner Programme dan tidak pernah disingkirkan daripada program tersebut.

Paling penting, kandungan-kandungan yang anda hasilkan mestilah asli. Sekiranya kandungan yang dihasilkan bercorak kompilasi, campuran, atau mengguna kandungan-kandungan kreatif pihak ketiga, anda mungkin tidak layak mendapat anugerah ini.

BACA: ‘Apps’ FB Didakwa Boleh Kurangkan Bateri Telefon Secara Rahsia

BACA: Resepi Mudah Bak Kut Teh Guna Daging Lembu & Kambing

Sumber: IndiaToday, @Mattkoval via Twitter

The post Hadiah Kawan “Wooden Play Button”, Dapat 100 Pengikut Youtube appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*