Hafidz Roshdi Sudah ‘Masuk’ Hospital Bahagia

Hafidz Roshdi hospital bahagia

Hafidz Roshdi Sudah ‘Masuk’ Hospital Bahagia

Pelakon Hafidz Roshdi dilaporkan sudah pergi ke Hospital Bahagia kelmarin bagi menjalani rawatan psikiatri selepas diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

Keputusan mahkamah itu dibuat sewaktu perbicaraan kes terkait pada 13 Mac lalu.

Memetik Sinar Harian, peguam Hafidz, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi berkata bahawa pelakon itu sudah pergi ke hospital berkenaan untuk menjalani rawatan.

Namun setakat ini, belum ada keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh hospital berkenaan berkaitan tahap kesihatan psikatri beliau.

“Hafidz sudah ke Hospital Bahagia semalam bagi menjalani rawatan psikiatri itu, namun keputusan belum dikeluarkan oleh doktor kerana ada beberapa prosedur rawatan yang perlu diikutinya lagi.

“Bila keputusan pemeriksaan akan dikeluarkan bergantung kepada doktor. Cuma di pihak Hafidz, dia sudah mengikuti pemeriksaan itu sebagaimana yang diperintahkan mahkamah sebelum ini,” kata Akberdin. 

Sewaktu bertanya sama ada Hafidz sudah bertemu dengan anak-anaknya sepanjang tempoh rawatan, Akberdin berkata bahawa anak guamnya tiada halangan untuk bertemu cahaya matanya.

Hafidz diarahkan untuk menjalani rawatan psikiatri

Terdahulu, pelakon itu telah diperintahkan untuk dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Keputusan itu telah diarahkan oleh Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret dalam perbicaraan kes beliau bersama isterinya.

Arahan itu dibuat selepas Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar membuat permohonan agar pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah dilakukan ke atas Hafidz.

Muhammad Hafidz Roshdi, 29 tahun sebelum ini mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mencederakan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri. Kejadian itu dilaporkan berlaku di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya pada 2 Mac lalu sekitar jam 3.30 pagi.

BACA: Kata Nak Tengok Je, 5 Punca Ramai Tak Nak Keluar Dari Tempat Ni, Normal Kalau Suami Kena Sidai

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan, pelakon itu telah didakwa melakukan kecederaan tersebut dengan sengaja terhadap Nurul Shuhada.

Beliau didakwa telah menumbuk menggunakan tangannya sebanyak tiga kali di muka mangsa sehingga mangsa mengalami luka, lebam dan bengkak di pipi kirinya.

Sumber: Sinar Harian

The post Hafidz Roshdi Sudah ‘Masuk’ Hospital Bahagia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*