Hampir 90 Peratus Penghuni Bandar Ketiga Paling Padat China Kini Sudah Dijangkiti Covid-19

henan dijangkiti covid-19

Hampir 90 Peratus Penghuni Bandar Ketiga Paling Padat China Kini Sudah Dijangkiti Covid-19

Hampir 90 peratus penduduk di Henan, bandar ketiga paling padat China dilapor positif Covid-19, kata pegawai tertinggi kerajaan, menurut laporan AFP.

Kan Quancheng, Pengarah Jawatankuasa Kesihatan Henan berkata, kadar jangkitan yang dicatatkan di wilayah itu adalah 89.0 peratus setakat 6 Januari lalu. Kan turut menjelaskan bahawa jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik mencapai kemuncak pada 19 Disember dan menunjukkan penurunan selepas itu.

Berdasarkan data tersebut, jangkitan dianggarkan melibatkan kira-kira 88.5 juta penduduk di bandar dengan populasi 99.4 juta orang itu.

Terdahulu, China dilapor bergelut dengan peningkatan jangkitan kes baharu selepas melonggarkan polisi Sifat Covid-19  yang dilaksanakan sejak beberapa tahun dahulu, pada bulan lepas. Keputusan melonggarkan sekatan tersebut dipercayai diambil selepas polisi berkenaan menyebabkan ekonomi negara itu terkesan teruk selain protes yang tercetus di beberapa wilayah sebelum ini.

Menurut angka yang diterbitkan oleh kerajaan China pada minggu lepas, sebanyak 120,000 penduduknya disahkan positif dan 30 lagi meninggal dunia sejak kelonggaran diberikan.

Bagaimanapun, dengan China kini mengecilkan definisi kematian akibat Covid-19 dan ujian saringan besar-besaran tidak lagi dijalankan, angka berkenaan berkenaan kini tidak lagi menggambarkan situasi sebenar jangkitan dalam negara tersebut.

Selain itu, China turut menarik balik syarat kuarantin wajib bagi semua pengembara luar negara yang tiba negara itu serta membuka semula pintu sempadan dengan wilayah separa autonominya, Hong Kong, yang berkuatkuasa pada Ahad lepas.

Bagaimanapun, kes jangkitan dijangka akan terus meningkat selepas mengambil kira kelonggaran ini diberikan ketika menghampiri Sambutan Tahun Baru Cina, dimana jutaan penduduk di bandar-bandar basar dijangka akan mula pulang ke kampung halaman masing-masing untuk menyambut perayaan tersebut.

Menurut data rasmi Sabtu lepas, seramai 34.7 juta penduduk melakukan perjalanan domestik pra-perayaan, iaitu peningkatan 1/3 daripada angka yang dicatatkan pada tahun lepas.

BACA: Lapan Sekeluarga Termasuk Lima Kanak-Kanak Dilapor Ditembak Mati

Sumber: AFP

The post Hampir 90 Peratus Penghuni Bandar Ketiga Paling Padat China Kini Sudah Dijangkiti Covid-19 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*