Hampir Sebulan Hanyut Di Laut, Lelaki Dedah Hanya Makan Sos & Kiub Maggi Untuk Hidup

Makan Sos & Kiub Maggi Untuk Hidup

Hampir Sebulan Hanyut Di Laut, Lelaki Dedah Hanya Makan Sos & Kiub Maggi Untuk Hidup

Seorang lelaki dari Dominica yang dilaporkan hilang di laut selama 24 hari berjaya diselamatkan tentera laut Colombia.

Menurut The Guardian, lelaki tersebut dilaporkan bertahan hidup dengan hanya memakan sos tomato, serbuk bawang putih dan kiub perasa Maggi.

Elvis François, 47, terselamat selepas 24 hari hanyut di Laut Caribbean dengan menulis perkataan “help” pada kapal layarnya sebagai isyarat kecemasan untuk meminta pertolongan.

Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh tentera laut Colombia pada Rabu lalu, kapal layar berkenaan dikesan dari udara 120 batu nautika utara-barat semenanjung Guajira.

François memberitahu pihak berkuasa Colombia bahawa kejadian tersebut berlaku pada Disember apabila arus menghanyutkan kapal layarnya ke laut semasa dia sedang  membaiki kapal layar tersebut di pulau St Martin di Antilles Netherlands.

“Saya menghubungi rakan-rakan saya, mereka cuba menghubungi saya, tetapi saya hilang isyarat. Tiada apa-apa lagi yang perlu dilakukan selain duduk dan menunggu,” kata François dalam video yang dikeluarkan oleh tentera laut.

Memetik The Guardian, François berkata dia bertahan untuk hidup dengan memakan sebotol sos tomato, serbuk bawang putih dan kiub Maggi.

Sementara itu, komander Carlos Urbano Montes mengatakan François ditemui dalam keadaan sihat tetapi telah kehilangan berat badan.

François berkata dia terpaksa mengeluarkan air dari bot untuk mengelakkan daripada tenggelam, dia juga cuba untuk menyalakan api untuk menghantar isyarat kecemasan tetapi tidak berjaya.

Dia akhirnya berjaya dikesan oleh sebuah kapal terbang milik tentera laut Colombia dengan menggunakan cermin untuk memberikan isyarat.

Dia turut memaklumkan bahawa pesawat tersebut mula mengesannya ketika pesawat itu melalui kawasan berkenaan buat kali kedua.

“Saya hampir putus asa dan mula memikirkan keluarga saya,” kata François.

François telah dibawa ke bandar pelabuhan Cartagena dengan sebuah kapal kontena yang melalui kawasan itu.

Menurut Urbano Montes, kapal layar itu ditinggalkan di laut apabila François diambil oleh kapal dagang.

Tentera laut berkata François menerima pemeriksaan perubatan di pantai sebelum diserahkan kepada pihak imigresen untuk pulang ke rumahnya di Dominica.

Sumber: The Guardian

The post Hampir Sebulan Hanyut Di Laut, Lelaki Dedah Hanya Makan Sos & Kiub Maggi Untuk Hidup appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*