Hamzah Zainudin dilantik ketua pembangkang di Dewan Rakyat

Mesyuarat Jawatankuasa Perikatan Nasional (PN) melantik Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin sebagai ketua pembangkang bagi mewakili PN di Dewan Rakyat.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, keputusan melantik Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu diputuskan menerusi Mesyuarat Jawatankuasa PN beberapa hari lalu.

“Satu jawatan kuasa dalam dalam kalangan 74 Ahli Parlimen PN telah dibentuk dan bersetuju melantik Hamzah sebagai ketua pembangkang.

“Selain itu, Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai ketua Ahli Parlimen PN manakala Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebagai timbalan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis kesyukuran meraikan jentera pilihan raya, Dewan Undangan Negeri Bunot Payung di sini hari ini.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, pencalonan Hamzah sebagai ketua pembangkang telah dihantar ke Dewan Rakyat.

Menurutnya, selain itu, Jawatankuasa PN turut bersetuju melantik beliau sebagai ketua whip PN.

BACA: Ahli Parlimen Julau, Larry Sng kecewa tiada wakil PBM dilantik dalam Kabinet Anwar

Kredit:KOSMO! ONLINE

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*