Hanya Guna Dua Bahan, Individu Ini Kongsi Cara Buat Baja Organik Guna Pisang

Sekiranya anda seorang petani ataupun sedang berjinak-jinak dalam bidang pertanian, semestinya banyak perkara yang akan dilakukan bagi memastikan tanaman berada dalam keadaan sihat dan segar.

Apabila melibatkan ‘hobi’ sudah tentu ada juga wang akan dikeluarkan untuk membeli peralatan, benih, pasu dan sebagainya yang berkait dengan bercucuk tanam.

Oleh sebab itu, bagi menjimatkan kos pengeluaran, pelbagai alternatif digunakan termasuk menggunakan baja semula jadi yang pastinya memberi kesan khususnya penjimatan wang.

Difahamkan baja semula jadi bukan sahaja menjimatkan wang tetapi juga bahannya yang mudah dicari serta dipercayai mampu meningkatkan penyuburan tanaman.

Seorang petani @vfreshplantation berkongsi kepada orang ramai, bagaimana cara-cara untuk menghasilkan baja organik sendiri dengan hanya menggunakan pisang.

Cara pembuatan baja organik pisang

Kredit: Tiktok @vfreshplantation

Difahamkan juga, bahan-bahan yang diperlukan ialah pisang dan juga gula merah yang boleh didapati di pasar raya.

“Pisang itu hampa potong-potong, ambil kulit dia sekali. Lagi ranum pisang itu, lagi bagus buat baja.

“Hampa letak selapis pisang, selapis gula merah,” katanya menerangkan cara itu.

Kredit: Tiktok @vfreshplantation

Penonton dinasihatkan untuk meletakkan pisang dan gula merah itu secara berselang-seli hingga penuh bekas yang digunakan.

Selepas siap diletakkan dalam satu bekas, semua bahan itu boleh digaulkan sampai sebati dan ditutup dengan ketat menggunakan kain batik serta disimpan selama tujuh hari.

Untuk makluman, baja yang diperbuat daripada pisang sangat bagus untuk anak-anak pokok yang baru ditanam dan sangat sesuai untuk semua jenis tanaman. 

“Akar dia pun jadi kuat dan lagi best buah pun lebat elok pakai baja ini,” ujarnya.

Cara guna pati baja pisang

Kredit: Tiktok @vfreshplantation

Menurut @vfreshplantation, cara yang terbaik untuk menggunakan baja itu adalah dengan menaburnya di bawah daun pada waktu pagi dengan kekerapan satu hingga dua kali seminggu.

Bagi kadar pencairan, boleh ikuti nisbah 2-5 bahagian pati baja : 1,000 bahagian air, seperti dua hingga lima milliliter (ml) pati baja serta 1,000 ml air.

Baja pisang itu juga boleh dicampurkan bersama baja lain seperti mikroorganisma efektif (EM) dan juga racun organik.

Untuk penerangan lebih jelas, boleh tonton video penuh di bawah.

@vfreshplantation

Cara buat baja organik guna pisang (FFJ) untuk melebat buah & kuatkan akar #baja #bajaorganik #pisang #jombelajar #pertanian #jabatanpertanianmalaysia #tanaman #fertigasi #sayur #gardenproject

♬ Si Gendut – Agus Gobang

Sumber: vfreshplantation via Tiktok

The post Hanya Guna Dua Bahan, Individu Ini Kongsi Cara Buat Baja Organik Guna Pisang appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*