Hanya Kerana Terlampau Manja, “Owner” Tergamak ‘Buang’ Kucing Peliharaan Di “Shelter”

buang kucing manja

Hanya Kerana Terlampau Manja, “Owner” Tergamak ‘Buang’ Kucing Peliharaan Di “Shelter”

Hanya kerana terlalu manja, seekor kucing bernama Jerry dilaporkan telah diserah oleh pemiliknya kepada Persatuan Kemanusiaan Broward Country kerana.

Kucing itu diserahkan pada rumah berkenaan sebelum sambutan Krismas tahun lalu, lapor Dodo.

Menurut pemilik kucing tersebut, Jerry terlalu menjengkelkan kerana terlalu manja dan selalu mengeluarkan bunyi yang bising.

Buang kucing kerana terlalu manja

“Jerry diserahkan kerana pemiliknya berkata dia terlalu manja dan bising,” kata Susan Leonti, pakar pemasaran digital di Humane Society of Bro Ward Country kepada Dodo.

“Dia akan menyambut pemiliknya di depan pintu. Jerry ialah kucing yang penyayang dan suka dibelai, tetapi bekas pemiliknya mengatakan tindakannya itu telah menjengkelkannya,” kata Susan lagi.

Ini merupakan kejadian yang pertama kali berlaku di rumah perlindungan tersebut. Ia sangat sedih apabila seseorang menyerahkannya kerana Jerry terlalu penyayang dan manja.

BACA: Enam Maut, Lapan Cedera Van Terbabas Turun Dari Genting Highlands – Bomba

Kredit The Dodo

“Kami sangat terkejut apabila mendapati seekor kucing diserahkan kerana terlalu penyayang. Kebanyakan mereka yang datang ke rumah perlindungan ini pasti mencari kucing yang penyayang.

“Jadi kami percaya bahawa tiada kucing yang terlalu penyayang dan manja,” tambah Susan.

Kredit The Dodo

Jerry yang malang itu juga tidak faham kenapa dia dibawa ke rumah perlindungan tersebut. Dia jadi gugup dan akan bersembunyi daripada orang ramai yang datang.

Namun perlahan-lahan dia mula membiasakan diri dan mula mendapatkan perhatian sebanyak mungkin daripada pekerja disitu.

Pekerja di rumah perlindungan itu percaya bahawa ramai orang di luar sana yang akan menghargai kucing sepertinya.

Kredit The Dodo

Video mengenai Jerry itu lantas dimuat naik di TikTok, dan keesokan harinya ramai orang hadir ke rumah perlindungan tersebut.

Mereka hadir untuk membawanya pulang dan menjaganya di rumah baharu buat selama-lamanya.

“Mereka melihat video Jerry di TikTok dan hadir ke rumah perlindungan pada waktu pagi untuk mengambilnya.

“Mereka yang pertama hadir merupakan antara orang yang telah menonton video Jerry. Keluarga baharu Jerry sangat bermurah hati sehingga sanggup membiayai kos penjagaan untuk tiga kucing beradik.

Ketiga-tiga kucing itu ialah Aramis, Porthos dan Athos, malah mereka sedia untuk dibawa ke keluarga baharu,” kata Susan lagi.

Jerry sekarang berada di rumah baharunya dan mulai membiasakan diri disana. Dia telah melalui banyak perkara, tetapi kini dia akhirnya mempunyai keluarga yang penyayang.

Sumber: Dodo

The post Hanya Kerana Terlampau Manja, “Owner” Tergamak ‘Buang’ Kucing Peliharaan Di “Shelter” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*