Harga Kayangan, Kain Kafan Ini Dijual RM219 Semeter

kain kafan rm219 semeter

Harga Kayangan, Kain Kafan Ini Dijual RM219 Semeter

Sebut sahaja mengenai kain kafan, yang terlintas di fikiran pastinya helaian kain berwarna putih. Ia sudah sinonim dalam masyarakat kerana digunakan untuk membalut badan jenazah.

Namun, mungkin ramai yang tidak mengetahui atau sama sekali terfikir bahawa ia mempunyai gred yang berbeza.

Salah seorang tukang kain kafan di Indonesia baru-baru ini tular selepas dipercayai menjual kain kafan yang berharga 750,000 (RM219) semeter.

Menurutnya, kain kafan atau dipanggil ‘Tope’ oleh penduduk tempatan mempunyai kelainan tersendiri. Ia berasal dari Kabupaten Jeneponto, Sulawesi Selatan

“Orang di Jeneponto memanggil ini kain kafan atau Tope dalam bahasa tempatan. Proses penghasilannya mengambil masa selama dua bulan untuk menghasilkan satu pakaian.

“Disebabkan itu harganya adalah mahal,” katanya lagi.

Difahamkan, kain tersebut diperbuat daripada kapas sebenar dan ia dipintal menjadi benang seperti kain kasa.

Menariknya, kain kafan itu bukan sahaja digunakan untuk membaluti jenazah tetapi juga untuk membuat pelbagai pakaian lain seperti jubah, tudung dan beg.

Fabrik itu boleh mencecah sehingga RM498 untuk satu pakaian tertentu. Kebanyakan pembeli merupakan golongan ahli politik (Dewan Perwakilan Rakyat atau DPR).

“Fabrik yang sangat bernilai ini merupakan salah satu primadona di Inacraft 2023 yang diadakan di Pusat Konvensyen Jakarta (JCC),” jelasnya.

BACA JUGA: Gadis Warisi Harta Bernilai lebih RM200 Juta Nekad Lepaskan Kekayaan, Abadikan Diri Dengan Agama

Terdapat kira-kira 50 wanita yang dilatih dalam industri itu untuk menjadi tukang. Tambahan lagi, kain kafan itu hanya dihasilkan di wilayah Kelara.

Jelasnya, dia sebagai tukang berminat untuk terlibat secara langsung dalam perniagaan kain kafan kerana pendapatan yang lumayan. Lebih-lebih lagi, ia juga telah mula diperkenalkan dalam pasaran tekstil Indonesia.

“Ia menjanjikan pendapatan yang lumayan. Tambahan lagi, ia mula diperkenalkan dalam pasaran,” katanya.

Sejak diperkenalkan kepada luar, ia mengekalkan identiti hasil budaya Sulawesi Selatan.

Semakin Ditelan Zaman

Sebelum ini, tenunan kain itu hanya mensasarkan jenazah golongan bangsawan. Disebabkan harga yang agak mahal, orang ramai mula beralih kepada kain putih biasa.

Disebabkan itu, kain kafan di Jeneponto semakin ditelan zaman dan difahamkan hampir tiada penerus.

“Tidak ramai yang mengetahui Jeneponto mempunyai tradisi tenun kain,” maklumnya.

Bagi memastikan warisan tersebut kekal bertahan, Suryani dan anggota kerajaan daerah Jeneponto telah melaksanakan pelbagai inisiatif. Antaranya menjalankan pameran, bengkel dan ciptaan tarian.

Sumber: Suara.com

The post Harga Kayangan, Kain Kafan Ini Dijual RM219 Semeter appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*