Ketua jurulatih PDRM, P. Maniam, mengesahkan pihak pengurusan The Cops sudah menghubungi Hadi Fayyadh Abdul Razak untuk mendapatkan khidmat penyerang berusia 24 tahun itu.
Jika segalanya dipersetujui, Maniam pasti menjadi individu paling lega apabila hasratnya untuk menandatangani penyerang baru menjadi kenyataan.
Pengendali berusia 55 tahun itu berkata kehadiran Hadi Fayyadh pasti akan menambah ketajaman jentera serangan Sang Saka Biru, yang ketika ini sudah mencetak lapan gol dalam kempen Liga Super.
Maniam percaya bekas penyerang Fagiano Okayama itu masih memiliki sentuhan penyudah meskipun belum beraksi dalam sebarang perlawanan musim ini.
Hadi Fayyadh sebelum ini pernah menyertai PDRM secara pinjaman dari Perak tahun lalu.
“Kalau kita lihat setakat ini, ia masih belum pasti tetapi saya rasa pihak pengurusan sedang berbincang dengan Hadi Fayyadh,” kata Maniam kepada wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi.
“Kalau dia sertai PDRM, saya rasa ia satu impak yang bagus buat pasukan ini.
sumber: SA
“Sudah pasti Haddi Fayyadh pemain yang bagus dan berkualiti dan dia mampu membantu kami menjaringkan gol dan memperoleh kemenangan,” katanya.