Hawari Sempat Baca Al-Quran Sebelum Hilang Di Everest

hawari baca al-quran sebelum hilang

Hawari Sempat Baca Al-Quran Sebelum Hilang Di Everest

Pendaki orang kurang upaya (OKU) Malaysia, Muhammad Hawari Hashim sempat membaca ayat al-Quran selepas tiba di Sagarmatha Zone, Nepal sebelum dilaporkan hilang ketika menawan puncak Gunung Everest beberapa minggu lalu.

Difahamkan, momen tersebut dirakam oleh pendaki lain, Tion Ling Yang yang turut sama berada bersama Hawari di sekitar kawasan puncak tertinggi dunia itu.

Video tersebut dimuat naik oleh Hawari (Hawari Warie) di Facebook pada 8 Mei lalu, di mana beliau mengajak orang ramai untuk membaca kitab suci berkenaan menggunakan aplikasi Quran Isyarat.

Kredit: FB Hawari Warie

Pada awal video tersebut, Hawari yang berusia 33 tahun menampilkan beberapa gaya bahasa isyarat setelah tiba di kawasan itu (Gokyo) sambil menikmati keindahan alam.

Beliau meletakkan tangan di bawah dagu dengan bergaya sebelum mengeluarkan telefon bimbit untuk membaca ayat-ayat al-Quran dalam bahasa isyarat.

Kredit: FB Hawari Warie

Walaupun berada pada tahap kesejukan yang melampau, ia tidak menghalang Hawari untuk ‘mengalunkan’ ayat suci itu dalam bahasa isyarat menggunakan aplikasi di telefon bimbit.

Hawari yang juga OKU pendengaran secara perlahan-lahan membaca Surah An Nisa yang mengandungi 176 ayat menggunakan bahasa isyarat sambil beralaskan batu.

Menariknya, ayat al-Quran tersebut dibaca sambil ‘ditemani’ oleh pemandangan sekeliling yang luar biasa.

BACA: Operasi SAR Muhammad Hawari Mungkin Sukar Jika Terjatuh Di Kaki Gunung Lhotse

Dilapor hilang ketika mendaki

Minggu lalu, media melaporkan Hawari dikhuatiri hilang di kawasan pergunungan Everest ketika turun dari Kem 4 selepas menawan puncak gunung tertinggi di dunia itu.

Perkara itu disahkan Ketua Misi Ekspedisi Azim Afif Ishak ketika dihubungi Bernama TV.

Hawari dipercayai hilang ketika menuju ke Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Gunung Everest yang berketinggian 8,848 dari paras laut, pada 18 Mei lalu.

Hawari merupakan pendaki kumpulan pertama ke puncak Everest.

Bersama dengannya iaitu pendaki yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Kedah Lt Kol Awang Askandar Ampuan Yaacub.

Bagaimanapun, Awang Askandar, 56, disahkan meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak gunung Everest.

Difahamkan juga, operasi mencari dan menyelamat (SAR) itu dibantu dengan beberapa peralatan teknologi yang dibawa dari Malaysia.

Peralatan itu termasuk dron, yang mempunyai kehebatan dalam mengesan haba.

Saksikan momen terindah Hawari membaca al-Quran di bawah ini.

Sumber: Hawari Warie/Facebook

BACA: Sherpa Kongsi Detik Cemas Selamatkan Pendaki Malaysia Di ‘Zon Kematian’ Everest

The post Hawari Sempat Baca Al-Quran Sebelum Hilang Di Everest appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*