Helikopter Terhempas Di Kyiv, Ragut 18 Nyawa Termasuk Menteri & Timb. Menteri Dalam Negeri Ukraine

Nahas helikopter Terhempas Di Wilayah Kyiv, Ragut 18 Nyawa Termasuk Menteri

Sebuah helikopter dilapor terhempas bersebelahan tadika dan bangunan kediaman di pinggir timur ibu kota Ukraine, di Kyiv hari ini dan mengorbankan sekurang-kurangnya 18 nyawa. Sembilan yang terkorban merupakan individu yang berada di dalam helikopter manakala sembilan lagi adalah mangsa yang berada di lokasi nahas.

Difahamkan, antara yang terkorban termasuklah pegawai tinggi kerajaan iaitu Menteri Dalam Negeri dan Timbalannya serta tiga kanak-kanak.

Sementara itu, kejadian sama turut menyebabkan 29 orang cedera termasuk 15 kanak-kanak.

Kebakaran turut berlaku di lokasi kejadian yang berpunca dari impak nahas manakala kanak-kanak dan staf tadika malang itu telah dipindahkan ke kawasan selamat.

Ketua Polis Ukraine, Ihor Klymenko dalam hantaran Facebook berkata, nahas tersebut melibatkan helikopter kepunyaan Perkhidmatan Kecemasan Negeri.

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Ukraine, pegawai tinggi kerajaan itu dalam perjalanan menuju ke kawasan panas perang dan merupakan kematian berprofil tinggi pertama berlaku di pihak Ukraine sejak konflik dengan Rusia meletus.

Hasil laporan awal

Setakat in, siasatan awal mendapati tiada faktor asing menjadi punca kepada nahas itu biarpun beberapa pihak mendakwa Rusia mungkin menjadi dalang kepada tragedi berkenaan.

Menurut penduduk tempatan, cuaca ketika itu berada dalam keadaan berkabus dan gelap memandangkan tiada bekalan elektrik di kawasan berkenaan. Ini menyebabkan tiada cahaya yang dapat dijadikan petunjuk mengenai kewujudan mana-mana infrastruktur seperti kediaman tinggi di kawasan tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri Denys Shmyhal mengarahkan pegawai untuk segera mewujudkan unit khas bagi melakukan “siasatan terperinci berhubung semua tragedi itu.”

BACA: 5 Maut Helikopter Terhempas Di Korea Selatan

Sumber: BBC

The post Helikopter Terhempas Di Kyiv, Ragut 18 Nyawa Termasuk Menteri & Timb. Menteri Dalam Negeri Ukraine appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*