Hidap Cerebral Palsy, Adik Adib Rayu Sumbangan RM2,198 Tampung Kos Susu Khas

sumbangan adik adib

Hidap Cerebral Palsy, Adik Adib Rayu Sumbangan RM2,198  Tampung Kos Susu Khas

Tidak berupaya menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain dan memerlukan sepenuhnya kasih sayang daripada kedua ibu bapa. Itulah nasib yang sedang dihadapi oleh Mohamad Adib Arsyad berusia 14 tahun.

Menurut perkongsian Badan Bukan Kerajaan (NGO) Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial (KELSS) di Facebook menjelaskan bahawa Adib telah disahkan menghidap penyakit Cerebral Palsy sejak kecil.

Lantaran itu, dia hanya mampu terlantar dan diuruskan sepanjang masa.

Tabung Kilat Adib
Gambar: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial (KELSS)

Ketika kunjungan oleh pihak KELSS  ke rumahnya yang terletak di Kampung Air Tawar, Pasir Puteh, Kelantan, pihaknya  mendapati kedua penjaganya berdepan kesukaran untuk menanggung kos perbelanjaan anak mereka  itu.

Sehubungan itu, ahli keluarga berkenaan sedang memerlukan bantuan sejumlah untuk menampung kos keperluan susu serta satu unit medin sedut kahak.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikut perkongsian KELSS di bawah.

JOM BANTU ADIK ADIB

Tabung Kilat Adib
Gambar: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial (KELSS)

Adik Mohamad Adib Arsyad telah berusia 14 tahun. Namun tidak seperti remaja yang sebaya denganya, Adib hanya mampu terlantar dan perlu diurus bagaikan bayi akibat menghidap penyakit Cerebral Palsy sejak kecil.

Dari lawatan awal oleh sukarelawan kami ke rumahnya di Kampung Air Tawar, Pasir Puteh, Kelantan, kami mendapati ibu bapanya berdepan dengan kos bebanan.

Antaranya susu khas, lampin dan ulang alik rawatan yang mencecah RM1000 sebulan. Selain itu, mereka juga tidak mampu untuk membeli mesin sedut kahak.

BACA JUGA: (Video) Lelaki Hidap ‘Cerebral Palsy’ Kongsi Tiga Perkara Yang OKU Tak Suka, Mungkin Kita Terlepas Pandang

Adib juga merupakan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM500 sebulan.

Tabung Kilat Adib
Gambar: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial (KELSS)

Dengan ini kami melancarkan tabung kilat untuk mengumpul dana bagi membekalkan bantuan dalam bentuk berikut:

(1) ENAM BULAN bekalan susu khas
Pediasure Vanilla 850g
RM98 x 6 tin sebulan x 6 bulan (36 tin)
= RM3,528

(2) SATU unit mesin sedut kahak
RM500

Jumlah: RM4,028

Menerusi kemaskini terbaru NGO itu, mereka kini masih perlu mendapatkan bantuan sebanyak RM2,198.

Justeru, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh melakukannya di sini:

Infaq atau sumbangan boleh disalurkan ke akaun rasmi kami seperti dipersetujui ibu bapanya,
CIMB 8602 4983 68
KELAB KEBAJIKAN DAN SUKARELAWAN SOSIAL

Sumber: Facebook Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial (KELSS)

The post Hidap Cerebral Palsy, Adik Adib Rayu Sumbangan RM2,198 Tampung Kos Susu Khas appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*