Hoppi Perkenalkan Lampin Pakai Buang Paling Lembut & Ringan Di Malaysia – Ayda Jebat Sebagai Duta

  • Diubahsuai semula keperluan bayi dengan perubahan kualiti yang unggul dan harga mampu milik
  • Direka khas yang bersesuaian dengan cuaca panas dan lembap di Asia Tenggara.
  • Memperkenalkan lampin Black-Tech Hoppi AirDream Diaper, Teknologi UltraCoreTM 2mm – lampin paling lembut & paling ringan.
  • Pencetus revolusi baharu bersesuaian untuk ibu dan bayi dengan keperluan bayi yang didefinisi semula dengan rekaan lebih baik dan selamat.

KUALA LUMPUR, 9 FEBRUARI 2023 – Membesarkan anak mungkin mahal, namun Hoppi akan melakar era baharu untuk ibu bapa dengan menghasilkan lampin Hoppi AirDream Diapers serba baru – Berkualiti Premium, Harga Mampu Milik. Lampin baharu itu bakal menjadi pencetus revolusi dalam pasaran ibu & bayi kerana dihasilkan dengan kualiti paling lembut, ringan dan selamat – menurut Ayda Jebat dan Nabil Mahir, pasangan selebriti Malaysia yang juga ibu bapa kepada seorang cahaya mata yang berumur dua tahun.

Direka khas untuk cuaca panas dan lembap di Asia Tenggara, lampin Hoppi AirDream Diapers adalah ternyata selamat (bebas klorin) dan merupakan lampin bayi paling nipis di pasaran Malaysia. Dengan mengandungi Teknologi UltraCoreTM 2mm, ia sangat nipis namun dapat memberi penyerapan yang baik, mempunyai daya serapan yang tinggi yang mana berjaya memberi perlindungan hebat selama 12 jam daripada mengalami sebarang kebocoran.

“Kualiti yang baik tidak semestinya mahal,” kata Zi Kang Tai, Pengasas Bersama Hoppi. Bermula pada tahun 2020, Zi Kang dan isterinya, Jane Wu terdetik untuk mencari produk yang berkualiti dan selamat untuk bayi mereka yang baru lahir dan mengalami penyakit ekzema (alahan kulit) yang serius.

“Kami bermula dengan pelbagai penyelidikan mengenai produk bayi, terutamanya lampin, dan kami mendapati bahawa faktor utama yang menentukan kualiti lampin bergantung kepada teras penyerapan. Lampin pada asalnya diperbuat daripada pulpa gebu yang perlu dilunturkan dengan klorin semasa pengeluaran sekali gus menyebabkan kerengsaan dan kegatalan kulit pada bayi,” kata Zi Kang.

Melalui fasa R&D selama 15 bulan dengan kerjasama kilang terbaik di dunia, Hoppi berbesar hati memperkenalkan lampin Hoppi AirDream Diapers yang hanya mempunyai ketebalan 2mm. Lampin ultra-nipis ini boleh membuat penyerapan dengan penggunaan 10,000 Super Absorbent Polymers (SAP) yang mana boleh menampung penyerapan lebih 500x jisimnya secara tersendiri.

Debaran dan keterujaan untuk menimang cahaya mata baharu adalah satu perasaan yang sama bagi semua ibu bapa, hal ini tidak terkecuali untuk artis terkenal seperti Ayda Jebat.

“Sebagai seorang ibu, saya akan memastikan produk yang saya gunakan haruslah mempunyai akreditasi dan selamat untuk digunakan untuk bayi kami, lebih-lebih lagi lampin. Hal ini kerana bayi akan memakai lampin sepanjang hari. Dengan cuaca panas dan lembap di Asia Tenggara, bayi lebih terdedah kepada alahan kulit, ruam dan ekzema.

“Justeru amat penting untuk memilih dan menggunakan lampin yang nipis dan bersesuai untuk kulit bayi bernafas. Saya memilih lampin Hoppi AirDream Diapers untuk bayi saya, kerana ini adalah lampin yang paling bersesuaian dan memiliki ciri-ciri seperti ringan, nipis dan paling lembut yang pernah saya cuba,” kata selebriti tersebut.

“Kami percaya bahawa setiap ibu bapa mahu memberikan yang terbaik kepada anak-anak mereka. Itulah sebab utama kami dalam misi ini untuk mendefinisi semula dan menghasilkan keperluan ibu & bayi dengan menggunakan bahan yang lebih baik serta bahan yang lebih selamat,” tambah Zi Kang.

“Dengan Hoppi, produk bayi berkualiti premium sangatlah berpatutan dan tidak terlalu mahal, dan saya menyukai produk ini kerana Hoppi amat teliti dengan produk yang mereka pasarkan kerana kebanyakan kakitangan Hoppi terdiri dari ibu-ibu. Mereka benar-benar memahami kebimbangan dan kehendak utama kaum ibu. Sekarang saya tidak perlu risau dengan produk yang saya pilih kerana Hoppi bebas dari bahan kimia,” tambah Ayda Jebat.

Bermula dengan hanya produk tunggal iaitu Baby Wet Wipes, Hoppi telah berjaya melakar kegembiraan dan melahirkan pengikut yang lebih daripada 200,000+ kaum ibu dalam tempoh setahun. Kini, jenama ini telah mengembangkan lagi rangkaian produk mereka kepada lampin, bahan pencuci bayi, syampu, losyen dan banyak lagi.

Bagi meraikan Ayda Jebat sebagai Duta Jenama Hoppi, diskaun istimewa sebanyak 40% pada pakej ‘Kombo Pilihan Ayda’ akan ditawarkan kepada semua. Dijual secara eksklusif di laman web rasmi Hoppi (www.heyhoppi.com) dan kini boleh didapati dengan harga hanya RM75.90 (NP: RM 125.90), kombo tersebut akan disertakan bersama pek tunggal lampin Hoppi AirDream Diapers, tisu basah Baby Wet Wipes, tisu antibakteria iaitu Antibacterial Baby Wet Wipes, set mandian, syampu dan losyen bayi iaitu Hoppi Baby Shampoo & Wash dan Hoppi Moisturizing Lotion.

Set kombo ini disatukan juga dengan beg kanvas edisi terhad Hoppi, Ibu bapa juga boleh membuat carian Hoppi di semua pasaran dalam talian dan kedai barangan bayi seperti di platform Shopee, Lazada, Subplace, Motherhood, AEON, VIB World, Tateh, Tai Yaan dan banyak lagi.

The post Hoppi Perkenalkan Lampin Pakai Buang Paling Lembut & Ringan Di Malaysia – Ayda Jebat Sebagai Duta appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*