Hujan Lebat Berterusan Di Auckland, Banjir Teruk Berlaku

Hujan lebat berterusan diramal berlaku di Auckland, New Zealand selepas beberapa hari wilayah itu dilapor mengalami ribut kencang sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya empat nyawa terkorban, memetik laporan The Independent.

Susulan itu, negara tersebut diisytihar darurat pada Jumaat lalu selepas ribut kencang melanda disusuli hujan berterusan yang berbahaya diramal akan berlaku pada minggu ini.

Menurut laporan, sekurang-kurangnya 5,000 rumah dan kawasan perniagaan dikatakan terjejas selepas banjir dan tanah runtuh yang berlaku malah beberapa jalan masih ditutup ekoran paras air meningkat setinggi 15 cm dalam tempoh tiga jam hujan.

Hujan Lebat Berterusan Di Auckland
Kredit: Yahoo News

Bagaimanapun, pengisytiharan tersebut ditarik balik pada pagi Isnin lalu namun, Datuk Bandar Auckland, Wayne Brown tetap memberi amaran bahawa keadaan berbahaya diramalkan akan berlaku lagi.

“Kebimbangan terbesar pasukan saya ialah sesetengah warga Auckland mungkin menganggap yang paling teruk akan berlaku (keadaan cuaca), tetapi sebenarnya tidak.

“Tanah sangat tepu dan longkang juga penuh malah keadaan ini boleh menjadi lebih berbahaya daripada hari Jumaat,” jelas Brown.

Sehubungan itu, jumlah penduduk Auckland yang meminta bantuan kerosakan juga dilapor terus meningkat berikutan hujan berterusan sehingga menyebabkan 12 cm paras air meningkat dan menyebabkan beberapa kawasan sudah dinaiki air.

“Kejatuhan ini (banjir) adalah yang terbesar dalam sejarah negara kami, ia jauh daripada apa yang pasukan penyelamat kami bayangkan,” tambahnya.

Hujan Lebat Berterusan Di Auckland
Kredit: Yahoo News

Sementara itu, Zealand MetService turut berkata, “Hujan ini dijangka menyebabkan sungai dalam keadaan bertambah teruk dan menyebabkan banjir.

“Malah, peningkatan paras air banjir boleh mengganggu perjalanan seperti menjadikan beberapa jalan tidak dapat dilalui dan mungkin dapat mengasingkan komuniti (penduduk tempatan),” katanya.

Bukan hanya itu, sekolah-sekolah di Auckland juga telah ditutup sehingga minggu depan manakala Lapangan Terbang Auckland dikatakan telah beroperasi semula sejak ditutup pada Jumaat lalu ekoran ribut kencang.

Namun dalam masa yang sama, pihak bertanggungjawab lapangan terbang itu turut memberi amaran bahawa jadual penerbangan mungkin akan terganggu selama beberapa hari bergantung kepada cuaca pada ketika itu.

Sumber: The Independent

The post Hujan Lebat Berterusan Di Auckland, Banjir Teruk Berlaku appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*