Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negara petang ini

PETALING JAYA – Hampir seluruh negara diramal mengalami cuaca buruk sehingga lewat petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan melaporkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di Kedah melibatkan Kuala Muda, Sik dan Baling, manakala Perak di Hulu Perak.

Sementara itu, di Pantai Timur antara kawasan dijangka berdepan cuaca buruk adalah Jeli, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan, manakala di Terengganu melibatkan Besut, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

“Bagi Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.

“Hujan lebat serta ribut petir turut dijangka berlaku di Selangor iaitu di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang serta seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya.

“Keadaan sama diramal melanda Negeri Sembilan di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin,” kata MetMalaysia.

Tambah kenyataan itu lagi, cuaca buruk turut diramal seluruh Melaka, Johor dan beberapa daerah di Sarawak meliputi Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu, Kapit (Song dan Kapit) dan Bintulu (Tatau). – KOSMO! ONLINE

The post Hujan lebat, ribut petir hampir seluruh negara petang ini appeared first on Kosmo Digital.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*