“I Love You Abang, So Much,” Permintaan Adik Ni Nak “Celebrate Birthday” Di Kubur Arwah Abang Undang Sebak

celebrate birthday kubur abang

“I Love You Abang, So Much,” Permintaan Adik Ni Nak “Celebrate Birthday” Di Kubur Arwah Abang Undang Sebak

Hubungan pertalian darah antara keluarga dan adik beradik sangat hebat, tidak kira apa terjadi hubungan ini akan tetap utuh dan kekal selamanya.

Bak kata pepatah air dicincang tidak akan putus, begitu juga hubungan antara adik beradik. Bergaduh atau perselisihan faham apa sekalipun ia pasti akan kembali seperti sedia kala.

Hanya maut sahaja yang mampu memisahkan hubungan pertalian tersebut. Namun terpisah hanyalah jasad bukan kenangan yang terbina semasa sepanjang hayat hidup bersama.

Seperti yang terjadi dalam perkongsian seorang ibu berkenaan kisah kasih sayang antara anaknya yang terpisah angkara kematian ini.

Menurut perkongsian @tassamin menerusi akaun TikTok miliknya, muat naik video pada 24 Mei lalu itu telah mengundang sebak kepada para penonton.

Berdasarkan video itu, anak perempuannya yang bernama Tiana baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya. Namun, sambutan itu tidak lengkap bagi Tiana kerana ketiadaan abangnya Luth Rafael.

Tambah ibu Tiana, Tiana merindui abangnya dan nak menyambut ulang tahun itu bersama.

Justeru, Tiana kemudiannya mengajak ibunya pergi melawat ke kubur abangnya untuk mengungkapkan perasaan rindu tersebut.

Kredit TikTok

“Abang tak boleh wish birthday la,” kata ibu Tiana dalam video tersebut.

“I love you abang, so much,” balas Tiana sambil memegang kubur abangnya itu.

Kredit TikTok

Selain video tersebut, kapsyen muat naik video itu turut berjaya menarik perhatian pengguna media sosial.

“Tadi Tiana ajak pegi “jumpa” Rafael. Tiana cakap adik rindu abang. Adik nak celebrate birthday dengan abang sebab dah celebrate dengan semua orang tapi belum dengan abang,” tulis kapsyen muat naik video perkongsian tersebut.

Abang Tiana meninggal pada usia 6 tahun

Berdasarkan maklumat yang diberi oleh ibu Tiana, abang Tiana yang bernama Luth Rafael telah pergi meninggalkan Tiana pada 11 Januari 2021 yang lalu.

Pemergian Luth Rafael dikatakan berpunca daripada penyakit Leukemia pre B yang dihidapinya ketika umur Luth Rafael baru masuk enam tahun.

Perkongsian video yang menunjukkan Tiana di kubur itu telah menyentuh hati penonton dan pengguna media sosial yang lain.

@tassamin

Tadi Tiana ajak pegi “jumpa” Rafael. Tiana cakap adik rindu abang. Adik nak celebrate birthday dengan abang sebab dah celebrate dengan semua orang tapi belum dengan abang. #CapCut #grievingmom #brothersister

♬ Bila Cinta by GIO – 𝙃𝘼𝙌𝙢𝙪𝙨𝙞𝙘𝙡𝙖𝙗

BACA: Apa Maksud ‘kPa’ Pada Vakum, Ini Nilai Minimum Kalau Nak Sedutan Yang Kuat

Berkunjung ke ruangan komen, ramai yang telah meninggalkan komen mereka terhadap adik Tiana.

“Muda lagi dah lalu ujian berat ya Allah. Tiana kalau ada adik mesti akan jadi kakak yang baik. Moga Tass kuat untk Tiana Amiin,” tulis netizen yang memuji adik Tiana.

“Happy birthday sayang. Semoga kasih sayang awak & abang sampai ke syurga,” tulis seorang lagi netizen yang mendoakan adik Tiana.

“Happy birthday sayang! Percaya la abang awak pon sayang awak sangat tu dik, teruskan semangat okey abang awak mesti taknak tengok awak sedih,” tulis seorang lagi memberi semangat kepada adik Tiana.

Kami dari SK mendoakan adik Tiana terus kuat dan semoga abang Luth Rafael mendapat syurga tertinggi yang Allah janjikan.

Sumber: TikTok via @tassamin 

The post “I Love You Abang, So Much,” Permintaan Adik Ni Nak “Celebrate Birthday” Di Kubur Arwah Abang Undang Sebak appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*