Ibu Bapa Wajib Tahu, 7 Perkara Penting Bakal Beri Kesan Kepada Anak-anak Di Sekolah Bermula Tahun Ini

Sistem pendidikan di Malaysia pada hari ini nampaknya semakin memberi gambaran positif kepada guru, murid-murid dan juga ibu bapa. Apa tidaknya, pelbagai perancangan dirangka bagi memastikan dunia pendidikan akan kembali sihat, ceria dan harmoni buat warganya, sekaligus meningkatkan kualiti sistem pendidikan negara kita.

Bagi mencapai objektif tersebut, Kementerian Pendidikan bakal memfokuskan kepada aspek-aspek penting melibatkan para guru, pelajar dan penambahbaikan infrastruktur bagi meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah. 

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan tujuh teras penting KPM bakal beri kesan positif kepada anak-anak di sekolah yang ibu bapa wajib tahu.

Perkasa 7 Teras Penting Demi Pendidikan Berkualiti

Salah satu teras utama KPM adalah dengan memfokuskan kepada kebajikan guru demi mengembalikan integriti keguruan. Dalam ucapan Menteri KPM terdahulu, YB Fadhlina Sidek, dengan adanya penghargaan serta rasa hormat kepada guru, dunia pendidikan dijangka akan menjadi lebih sihat, ceria dan harmoni.

ibu bapa
Gambar: BERNAMA

“Warga KPM yang saya sayangi, dunia pendidikan akan kembali sihat, ceria, bahagia dan segar andainya kita dapat mengembalikan integriti keguruan. Dalam tradisi pendidikan Islam misalnya, guru menempati posisi paksi dan central.

“Guru yang disebut sebagai murabbi dan muallim meletakkan betapa mulianya martabat guru. Martabat inilah yang harus diangkat kembali dengan membina integriti keguruan. Hanya bangsa yang tahu menghargai guru yang akan mencipta kegemilangan,” ujarnya.

Selain itu, KPM juga akan memfokuskan kepada isu kemiskinan murid bagi memastikan tiada pelajar yang tertinggal di belakang termasuk menambahbaik infrastruktur sekolah daif terutamanya di negeri Sabah dan Sarawak.

ibu bapa
Gambar: BERNAMA

Berikut adalah ketujuh-tujuh teras yang menjadi tumpuan KPM tahun ini :

  • Menjadikan Komunikasi Antara Kementerian Dan Sekolah Lebih Cekap Dan Telus
  • Memberi Penekanan Kepada Aspek Karamah Insaniah Melalui Pembentukan Adab, Akhlak Dan Integriti.
  • Memberi Perhatian Terhadap Isu Kemiskinan Multidimensi Murid Daripada Keluarga B40: Malnutrisi
  • Memberi Perhatian Keciciran Pendidikan Serta Masalah Literasi Dan Numerasi
  • Memberi Fokus Kepada Kebajikan Guru Adalah Teras Utama Keberkesanan Penyampaian Pendidikan
  • Memberi Tumpuan Kepada Usaha Ubah Suai Dan Naik Taraf Bangunan Sekolah Yang Daif Terutamanya di Sabah dan Sarawak
  • Meningkatkan Keupayaan Pendidikan Digital Di Sekolah

Menurut YB Fadhlina, pendidikan sebagai proses pembudayaan dan pemberdayaan adalah proses jangka panjang. Membina watak bangsa dengan penyebatian nilai-nilai budaya adalah proses yang memakan masa, dan mungkin sampai berdekad-dekad, tambahnya.

Ujarnya lagi, menanam nilai-nilai murni memang tidak sama seperti menanam kangkung atau sawi kerana ia mengambil masa yang cukup lama. Beliau mengaitkan usaha ini dengan kata-kata hikmah dari khazanah tamadun China:

“Andainya anda merancang untuk setahun, tanamlah padi; andainya anda merancang untuk 10 tahun, tanamlah pokok; dan andainya anda merancang untuk seratus tahun, didiklah anak anda.”

The post Ibu Bapa Wajib Tahu, 7 Perkara Penting Bakal Beri Kesan Kepada Anak-anak Di Sekolah Bermula Tahun Ini appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*