Ibu Pele tidak tahu anaknya sudah meninggal dunia

SAO PAOLO: Ibu kepada legenda bola sepak Brazil, Pele tidak tahu mengenai anaknya telah mening­gal dunia, menurut pendedahan yang dibuat kakak pemain ­terkenal dunia itu.

Ibunya yang bernama Celeste, berusia 100 tahun kini dijaga anak perempuannya, Maria Lucia do Nascimento tidak diberitahu mengenai kematian Pele.
Maria merupakan satu-satu­nya adik-beradik Pele yang masih hidup dan dia belum membe­ritahu ibunya mengenai kematian adiknya akibat barah usus.

“Kami ada bercakap tetapi bukan mengenai kematian Pele. Ibu saya berada dalam dunianya sendiri.

“Dia membuka mata apabila saya menyebut namanya dan saya berkata bahawa kami akan berdoa untuk kesejahteraannya tetapi dia tidak begitu sedar dengan apa yang saya cakap,” katanya.

Pemenang Piala Dunia tiga kali itu yang digelar Dico oleh ahli keluarganya, meninggal dunia pada usia 82 tahun di Hospital Albert Einstein di Sao Paolo pada 28 Disember lalu akibat kegagalan beberapa organ dalam badannya selain barah yang dihadapi.

Ibunya menyambut hari lahir yang ke-100 bulan lalu, dengan anaknya merakam detik istimewa itu di Instagram.

“Hari ini kita meraikan 100 tahun kehidupan Celeste. Sejak kecil dia mengajar saya nilai kasih sayang dan kedamaian. Saya ada lebih seratus sebab untuk ber­syukur kerana menjadi anaknya.

“Saya berkongsi foto ini de­ngan penuh emosi untuk meraikan hari ini. Terima kasih untuk setiap hari saya berada di sisi ibu,” tulis Pele di Instagram.

Pele akan dikebumikan esok di tanah perkuburan 14 tingkat di pusat Santos iaitu lokasi dia bermain dalam sebahagian besar kerjayanya.

Mayatnya akan dibawa dari hospital tempat dia meninggal dunia ke Stadium Vila Belmiro di Santos, di mana orang ramai akan memberi penghormatan terakhir mereka. – AGENSI

The post Ibu Pele tidak tahu anaknya sudah meninggal dunia appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*