Ibu racun anak demi raih sumbangan media sosial

Seorang wanita di Thailand dijatuhi hukuman mati selepas meracun anak-anaknya dengan motif meraih sumbangan orang ramai di media sosial, lapor akhbar Daily Star, kelmarin.

Tertuduh, Nattiwan Rakkunjet, didapati bersalah meracun dua anaknya dengan seorang daripada mereka meninggal dunia dalam usaha meminta sumbangan di media sosial untuk membiayai rawatan perubatan.

Wanita itu membawa anak lelakinya yang berusia empat tahun ke hospital dengan mendakwa bahawa mangsa mengalami sakit perut dan muntah darah kerana alahan kepada makanan laut.

Bagaimanapun, doktor yang merawat mangsa mendapati kanak-kanak itu mengalami jangkitan perut yang teruk, dan bukan reaksi alahan seperti yang didakwa ibunya.

Tertuduh didapati mencampurkan bahan menghakis ke dalam makanan anaknya selama dua tahun. Anak perempuannya yang meninggal dunia pada 2019 juga menjadi mangsa keracunan.

Nattiwan dihatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah meracun dua anaknya dan memuat naik gambar mereka di media sosial untuk meminta sumbangan orang ramai.

Pakar perubatan di Hospital Universiti Thammasat menentukan bahawa dua kanak-kanak itu mengalami pendarahan dalam saluran penghadaman, muntah darah dan radang perut.

Nattiwan ditahan pada Mei 2020 dengan anak lelakinya ditempatkan di pusat perlindungan. Polis turut menemui wang berjumlah 20 juta baht (RM2.5 juta) dalam dua akaun bank wanita itu.

Berikutan penahanannya, Nattiwan mengaku bersalah melakukan jenayah pemerdagangan manusia dengan menggunakan dua anaknya untuk meminta derma, pembunuhan dan cubaan membunuh.

Mahkamah memutuskan bahawa pengakuan itu tidak boleh menjadi faktor untuk meringankan hukuman tertuduh, justeru, dia dihukum mati, lapor laman berita NPR. – AGENSI

BACA: (Audio) Remaja dakwa dipukul bapa tiri hingga cedera & ibunya tak tolong

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*