Ibu tunggal derita masalah antibodi lemah, tak boleh bekerja

SEREMBAN: Seorang ibu tunggal tidak menyangka bintik-bintik merah seakan ruam pada kaki merupakan petanda dirinya menghidap penyakit antibodi lemah hingga sukar bergerak dan tidak boleh bekerja sejak bulan lalu.

Haszita Abu Taib, 41, berkata, selepas membuat pemeriksaan di sebuah hospital swasta, doktor mengesahkan dia mengalami thrombocytopenia iaitu tahap platlet rendah yang menyebabkan berlaku bintik-bintik merah seakan ruam selain bengkak pada kedua belah kaki.

“Selain itu, sekarang badan terasa sangat lemah hendak bangun berjalan pun susah perlu bantuan daripada anak serta sukar mahu bercakap kerana rasa sakit.

Sehubungan itu, sesiapa yang berhasrat membantu bo­leh salurkan kepada Haszita di nombor akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) 08102-29-00003819-2 atau hubungi talian 011-21132294.

“Pada mulanya, saya ke sebuah klinik tetapi doktor tidak dapat kesan punca penyakit kemudian saya telah membuat pemeriksaan di hospital swasta, “ ujarnya. – UTUSAN

The post Ibu tunggal derita masalah antibodi lemah, tak boleh bekerja appeared first on Utusan Malaysia.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*