“Iceberg” Sebesar Bandar London Kini Dilapor Terpisah Dari Antartika

“Iceberg” Sebesar Bandar London Kini Dilapor Terpisah Dari Antartika

Sebuah bongkah ais gergasi yang dikatakan memiliki saiz hampir sebesar London dilapor telah pecah dan terpisah dari Brunt Ice Shelf di barat Antartika pada Ahad lalu selepas beberapa tahun ia retak.

Memetik laporan CNN, para saintis telah menemui keretakan yang ketara buat pertama kali kira-kira sedekad yang lalu, namun sejak dua tahun kebelakangan ini terdapat dua lagi pecahan besar telah ditemukan.

Bagaimanapun, Stesen Penyelidikan Halley yang beroperasi di Antartika dan dikendalikan oleh British Antarctic Survey (BAS) dilapor selamat dari kesan retakan itu.

Sejak bongkah ais tersebut pecah, beberapa satelit telah dihantar bagi mengambil imej serpihan ais yang berbentuk segi tiga itu.

Dalam pada itu, British Antartic Survey (BAS) menganggarkan bahawa saiz bongkah ais yang pecah itu adalah 600 batu persegi (1,550 kilometer persegi) iaitu kira-kira saiz kawasan bandar metropolitan London.

Kredit: Copernicus/NERC/Simon Proud via Space.com

Para penyelidik berpendapat bahawa peristiwa yang berlaku itu sememangnya telah dijangka dan ia bukan berpunca daripada perubahan iklim.

“Peristiwa ini telah dijangka dan ia merupakan sebahagian daripada proses semula jadi bagi bongkah ais di Brunt Ice Shelf. Ia tidak berkaitan dengan perubahan iklim yang berlaku.

“Pasukan kami akan terus memantau ais tersebut buat masa ini untuk memastikan ia selamat serta mengekalkan kajian sains yang kami lakukan di Halley,” kata ahli glasiologi BAS, Profesor Dominic Hodgson dalam satu kenyataan.

Kredit: British Antartic Survey via Daily Mail

Bagaimanapun, menurut laporan daripada saintis di Pusat Data Salji dan Ais Kebangsaan, ais di lautan Antartika berkurangan disebabkan suhu udara yang dikatakan telah berubah menjadi lebih panas daripada biasa.

Ia dilaporkan meningkat kepada dua darjah Celcius di Laut Ross pada bulan November dan Disember, malah angin kencang juga telah menjadi faktor pencairan ais di laut.

Sementara itu, BAS turut menjangkakan bahawa arus di persisiran pantai benua Antartika itu akan membawa bongkah ais yang pecah itu ke arah barat.

Sumber: CNN, Space.com

The post “Iceberg” Sebesar Bandar London Kini Dilapor Terpisah Dari Antartika appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*