Ikan Paus Sepanjang 41 Kaki Terdampar Mati Mungkin Dilanggar Kapal

Ikan Paus Sepanjang 41 Kaki Terdampar

Ikan Paus Sepanjang 41 Kaki Terdampar Mati Mungkin Dilanggar Kapal

Ikan paus sepanjang 41 kaki ditemui terdampar di pantai Long Island, Amerika Syarikat yang berkemungkinan dilanggar kapal hingga terbunuh, lapor New York Post.

Susulan itu, jurucakap pegawai Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) berkata, mamalia besar, Luna itu mungkin cuba menaiki permukaan air sebelum sebuah kapal merempuhnya.

Sementara saintis marin, Cara Patino mengatakan bahawa “Kemungkinan kemalangan atau ia (paus) sakit. Hati saya sedih melihat keadaan ikan tersebut.”

Tambahnya lagi, mereka begitu akrab dengan Luna berikutan sudah menjejakinya selama empat dekad hayat yang lalu. Malah, para saintis percaya bahawa ia terbunuh beberapa hari sebelum ditemui terdampar di pantai Lido Beach West Town Park di Nassau awal pagi Isnin.

Ikan Paus Sepanjang 41 Kaki Terdampar
Kredit: AFP via New York Post
Ikan Paus Sepanjang 41 Kaki Terdampar
Kredit: AFP via New York Post

Walaupun nekropsi rasmi (pembedahan) boleh mengambil masa beberapa minggu lagi, keputusan awal menunjukkan bangkai Luna sudah mula reput. Difahamkan beratnya boleh mencecah 29, 000 paun atau 14.5 tan.

Justeru, penyiasat perlu menggunakan kren untuk memindahkan Luna ke tempat yang lebih tinggi supaya mereka boleh memotong bangkai tersebut untuk proses nekropsi.

Meskipun, ikan paus pantai biasa dilihat di Jersey Shore, Luna merupakan paus yang pertama dilihat oleh penduduk bandar Hempstead selama bertahun-tahun.

Menurut penyelia bandar Hempstead, Don Clavin, “Ini adalah yang terbesar. Krew telah berada di sini hampir dua dekad tetapi tidak pernah melihat ikan paus sebesar ini,”

Tambah NOAA, sekurang-kurangnya 19 ikan paus terdampar di sepanjang pantai Atlantik pada tahun lalu dan 178 ditemui terdampar dalam tempoh lapan tahun, manakala tujuh ekor ikan paus terdampar di Jersey Shore dalam masa lebih kurang sebulan.

Ikan Paus Sepanjang 41 Kaki Terdampar
Kredit: AFP via New York Post

 

Sumber: New York Post

The post Ikan Paus Sepanjang 41 Kaki Terdampar Mati Mungkin Dilanggar Kapal appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*