Individu Dipercayai Sekutu Jho Low Berjaya Ditahan SPRM Di KLIA2

Sekutu Jho Low

Individu Dipercayai Sekutu Jho Low Berjaya Ditahan SPRM Di KLIA2

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berjaya menahan seorang individu yang dipercayai sekutu ahli perniagaan Jho Low yang terlibat dalam siasatan kes penyelewengan dana 1MDB dan SRC di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (klia2), pada Rabu.

Menurut SPRM, suspek dilaporkan telah menghilangkan diri sejak 2018 lagi sebelum diserahkan notis perintah untuk hadir ke ibu pejabat SPRM Putrajaya.

“Penahanan itu dilakukan dengan hasil kerjasama agensi penguat kuasa dari luar negara,” katanya di sini, pada Jumaat.

Berdasarkan maklumat sumber yang dipetik daripada Astro Awani, suspek dipercayai telah menerima sejumlah wang hasil penyelewengan dana 1MDB dan SRC.

Dana itu telah diterima melalui akaun bank syarikat yang dikenali sebagai Wright Shaw Limited.

Sebelum ini, SPRM dengan kerjasama Commercial Affairs Departments Singapura dilaporkan telah menyita akaun bank milik syarikat itu. Dana yang disita berjumlah kira-kira RM23.08 juta.

Siasatan itu juga telah membuktikan bahawa individu terbabit telah menerima sejumlah wang iaitu wang hasil daripada penyelewengan dana 1MDB melalui Yayasan Rakyat 1Malaysia (YR1M).

Tambah sumber itu lagi, SPRM dengan kerjasama CAD Singapura pada 26 April lalu juga berjaya membawa pulang wang penyelewengan hasil dana tersebut.

Aset bernilai RM16 juta dibawa pulang

Wang yang dibawa pulang dianggarkan berjumlah RM16 juta daripada sebuah lagi syarikat bernama Totality Limited milik Tang Keng Chee.

“Tang Keng Chee ataupun dikenali sebagai Casey Tang merupakan Pengarah Eksekutif Pembangunan Perniagaan 1MDB dari tahun 2012 hingga 2013.

“Dia terlibat dengan 1MDB ketika itu dikenali sebagai Terengganu Investment Authority (TIA) sehingga 2011.

“Konspirasinya adalah untuk mengelirukan bank dan menyembunyikan fakta tertentu daripada lembaga pengarah 1MDB. Untuk memindahkan AS$700 juta kepada Good Star Ltd, yang didakwa dimiliki oleh Low Taek Jho (Jho Low),” kata sumber itu lagi.

Selain itu, pihak SPRM juga dipercayai telah mengeluarkan satu waran tangkap terhadap Tang Keng Chee pada 29 Jun 2018 lalu yang masih tidak dapat dikesan.

Tang Keng Chee dilaporkan telah menghilangkan diri selepas didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 28 Akta yang sama.

BACA: Penyanyi Rap The Fugees Disabit Bersalah, Berkomplot Dengan Jho Low

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi telah mengesahkan perkembangan terbaru tersebut.

Kini SPRM sedang berusaha untuk mengesan dan membawa pulang beberapa lagi aset daripada individu-individu yang didakwa terlibat di Singapura.

“SPRM setakat ini berjaya mendapatkan kembali kira-kira 70 peratus aset 1MDB membabitkan jumlah kira-kira RM28.3 bilion,” tambahnya.

Sumber: Astro Awani

The post Individu Dipercayai Sekutu Jho Low Berjaya Ditahan SPRM Di KLIA2 appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*