Individu Kongsi Perjalanan Bayar Zakat Daripada Tahunan Ke Bulanan, “Hati Rasa Tenang, Tidur Lebih Berkualiti,”

bayar zakat secara bulanan

Zakat adalah rukun Islam yang paling penting dan perlu diambil tahu oleh setiap golongan muslim kerana ia wajib ditunaikan sama seperti perintah mendirikan solat.

Memetik Mufti Wilayah Persekutuan, hukum orang yang menafikan wajib zakat adalah kafir dan zakat akan diberikan kepada golongan fakir negeri.

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan dengan satu testimoni zakat yang menceritakan mengenai perjalanan awalnya ketika membayar zakat secara tahunan.

Menerusi perkongsian @FinancialGory di laman Twitter, testimoni terbabit menceritakan dia membayar zakat sebanyak RM982.50 apabila gajinya mencecah RM5,000 dan sering membuat pembayaran ketika dia mendapat bonus pada akhir tahun iaitu bulan 12.

Namun, apabila dia hendak membayar zakat pendapatan tahunan yang jumlah keseluruhannya lebih kurang RM1,000, hatinya berasa berat untuk membayarnya menggunakan duit bonus tersebut.

“Berat macam mana pun, saya fikir ini adalah cara membersihkan pendapatan saya,” katanya memetik perkongsian itu.

Dia turut melakukan perkara yang sama iaitu membayar setiap tahun walaupun gajinya telah meningkat sebanyak RM500. Tetapi apabila dia bertukar ke tempat kerja baharu, testimoni tersebut mengambil keputusan untuk membayar secara bulanan.

Setiap bulan dia membayar RM200, walaupun pada asasnya berasa sedikit perbezaan dalam perbelanjaan namun setelah tibanya bonus pada akhir tahun, dia berkata tidak berasa berat lagi ekoran telah membuat bayaran zakat secara bulanan.

“Hati rasa tenang, tidur lebih berkualiti, masa dengan keluarga rasa lebih lama, overall semuanya menjadi lebih baik kerana saya membayar zakat bulanan dan tidak menunggu setahun sekali untuk bayar,” ujarnya.

Ujarnya, sekiranya gaji meningkat kepada dua angka, perkara pertama sekali yang perlu diselesaikan adalah dengan membayar zakat.

“Apalah sangat 2.5 peratus itu jika dibandingkan dengan 97.5 peratus yang lain? Allah hanya ingin 2.5 peratus sahaja dizakatkan, tidak lebih daripada itu,” katanya.

Tambahnya, zakat bukan sahaja menyucikan harta malah membersihkan hati, minda dan masa.

Perkara tersebut telah membuka mata orang ramai dan turut dikongsikan oleh Lembaga Zakat Selangor agar ia memberi peringatan dan pengajaran kepada masyarakat.

Dalam hantaran Facebook Zakat Selangor berkata perkara baik perlu dikongsi dan terpulang kepada individu mengenai cara pembayaran, sama ada secara bulanan atau tahunan asalkan menepati syarat wajib.

Testimoni Berzakat.

Benda baik, perlu dikongsi. Alhamdulillah, beliau tahu dan dah merasa nikmat berzakat ni. 

Nak bayar secara bulanan atau tahunan? Terpulang.

Asalkan cukup syarat wajib zakat, bayar 2.5% saja.

Semoga Allah memberkati segala rezeki kita. Amin.

Kredit: Twitter @FinancialGory
Kredit: Twitter @FinancialGory
Kredit: Twitter @FinancialGory
Kredit: Twitter @FinancialGory

Sumber: Zakat Selangor/Facebook & @FinancialGory/Twitter

The post Individu Kongsi Perjalanan Bayar Zakat Daripada Tahunan Ke Bulanan, “Hati Rasa Tenang, Tidur Lebih Berkualiti,” appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*