Individu Yang Sebar Video Aksi Pasangan Berkelakuan Jelik Boleh Dikenakan Tindakan

Sebar video berkelakuan jelik

Individu Yang Sebar Video Aksi Pasangan Berkelakuan Jelik Boleh Dikenakan Tindakan

Tindakan individu yang memuat naik dan menyebarkan kandungan berunsur lucah boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Perkara itu di umumkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital Teo Nie Ching ketika ditemu bual oleh pemberita.

Justeru, beliau menasihati orang ramai agar lebih peka dan tidak berkongsi atau memuat naik mana-mana kandungan yang tidak wajar.

Ia bagi mengelakkan individu yang melakukan perkara tersebut daripada dikenakan tindakan undang-undang.

“Kalau kita merujuk Akta Multimedia dan Komunikasi Seksyen 233, memang ada menyatakan berkenaan penggunaan tidak wajar. Seperti kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian memang satu kesalahan. Contohnya kandungan lucah, kandungan menyakitkan, mengugut menganggu orang lain dan sebagainya.

“Kalau seseorang memuat naik kandungan (sedemikian) (menerusi) media sosial, ia memang merupakan salah satu penggunaan tidak wajar. Boleh disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Program Komunikasi Tindakan Setempat (KOMTIS) dan Majlis Berbuka Puasa di Balai Raya Felda Bukit Batu, Ahad lalu.

BACA: “Berhabis Beli Baju Sekolah, Terus ‘Standby’ Modal Raya Pula,” Ni Cara Nak Kurangkan Kos Persiapan Raya Sampai 85%

Perkara itu diulas oleh beliau selepas ditanya mengenai tindakan individu yang memuat naik dan menyebarkan video jelik pasangan remaja yang tular baru-baru ini.

Sementara itu, Nie Ching yang juga Ahli Parlimen Kulai berkata bahawa pihaknya sedang mengenal pasti individu yang memuat naik kandungan video tersebut.

Mereka juga dikatakan sedang bekerjasama dengan PDRM bagi mengesan individu terbabit.

Denda RM50,000 atau penjara setahun

Tambahnya, jika didapati bersalah maka individu terbabit boleh dikenakan tindakan undang-undang. Iaitu denda sebanyak RM50,000 atau penjara selama setahun, atau kedua-duanya sekali.

Terdahulu, polis dilaporkan berjaya menahan dua orang suspek pasangan remaja yang berkelakuan jelik di sebuah tempat awam di Johor Bahru.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Mohd Sohaimi Bin Ishak, penangkapan tersebut dibuat selepas video kelakuan jelik kedua pasangan itu tular di media sosial.

“Pihak polis telah mengesan satu video tular dimuatnaik melalui media sosial berdurasi 23 saat berkait rakaman video perbuatan pasangan berkelakuan melanggar kesopanan di tempat awam,” ujarnya.

Selepas siasatan lanjut dijalankan, polis mendapati kejadian itu berlaku kira-kira jam 3.03 petang pada 29 Mac yang lalu.

Sumber: Sinar Harian

The post Individu Yang Sebar Video Aksi Pasangan Berkelakuan Jelik Boleh Dikenakan Tindakan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*