Influencer China Didenda Sebanyak RM79,000 Kerana Beli Dan Makan Jerung Putih

influencer didenda makan jerung putih

Influencer China Didenda Sebanyak RM79,000 Kerana Beli Dan Makan Jerung Putih

Seorang pempengaruh di China telah didenda sebanyak RM79,000 selepas menyiarkan video dirinya membeli, menyediakan dan memakan jerung putih  secara haram, lapor The Independent.

Menurut kenyataan pegawai di Nanchong yang terletak di wilayah barat daya Sichuan, Jin, wanita tersebut membuat pembelian jerung putih itu pada April 2022 dan menyiarkan video dirinya menikmati haiwan liar berkenaan pada Julai tahun yang sama.

Perkongsian video terbabit telah melanggar Undang-Undang Perlindungan Haiwan Liar Republik Rakyat China dan pemilikan jerung putih secara haram juga boleh membawa kepada hukuman penjara antara lima hingga 10 tahun.

Permulaan mendedahkan jerung putih kepada umum

Dalam rakaman video yang disiarkan ke laman media sosial Douyin dan Kuaishou, pempengaruh itu dilihat bergambar bersama jerung yang kira-kira enam kaki panjang di hadapan sebuah kedai.

Kredit: The Independent

Kemudian, dia menunjukkan cara memasak yang dimulakan dengan menghiris diikuti dengan memerap dan akhir sekali dibakar jerung putih terbabit, manakala kepala haiwan itu dimasak menjadi sup.

“Ia mungkin kelihatan ganas, tetapi dagingnya benar-benar lembut,” ujarnya sambil mengoyakkan ketulan besar daging haiwan di video tersebut.

Kredit: The Independent

Pihak berkuasa berkata suspek membeli jerung dengan harga RM4,800 daripada tapak beli-belah dalam talian Taobao Alibaba. Ujian DNA daripada sisa-sisa tisu yang digunakan kepada jerung itu menunjukkan ia haiwan putih yang hebat.

Sementara itu, dua lagi individu yang terlibat dalam menangkap dan menjual haiwan itu kepada umum turut ditahan bersama.

Polis mula menyiasat mengenai wanita terbabit pada Ogos tahun lalu selepas klip tular itu mencetuskan amarah dalam kalangan ramai.

‘Beli dari saluran yang betul’

Pempengaruh yang dipercayai mempunyai hampir lapan juta pengikut di salurannya memaklumkan kepada media tempatan pada ketika itu, bahawa dia memperoleh jerung itu melalui ‘saluran undang-undang’ yang betul.

Namun kenyataan itu ditegah oleh biro pertanian dengan berkata dakwaannya ‘tidak konsisten dengan fakta’ dan polis sedang menyiasat mengenainya.

Jerung putih besar itu kini disenaraikan sebagai spesis terdedah oleh Dana Hidupan Liar Dunia.

Pada Februari 2020, China telah mengenakan larangan sepenuhnya terhadap pembelian, penjualan dan penggunaan haiwan liar.

Larangan itu diperkenalkan pada permulaan pandemik virus Covid-19 untuk menghalang aktiviti yang boleh membuatkan coronavirus merebak secara meluas seperti yang dikatakan oleh saintis.

Ini juga telah membawa kepada tindakan keras terhadap video pesta makan yang viral, yang dikenali di internet sebagai video mukbang.

Sumber: The Independent

BACA: Covid-19 Di China Catat Penurunan Selepas Tahun Baru Cina

The post Influencer China Didenda Sebanyak RM79,000 Kerana Beli Dan Makan Jerung Putih appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*