Ingat wasabi ke? Warganet terkejut lihat Tajul makan nasi goreng campur ubat gigi

Penyanyi muda popular, Tajul Ariff kembali menyita perhatian umum dengan perlakuannya menikmati nasi goreng bersama ubat gigi.

Menurut video tular yang dimuat turun oleh isterinya di laman aplikasi TikTok, Tajul dilihat begitu menikmati hidangannya.

Difahamkan, video tersebut dirakam sewaktu percutian pelantun lagu ‘Sedalam-dalam rindu’ itu di negara gajah putih, Thailand.

Dalam video terbabit, Tajul dilihat mengambil nasi goreng menggunakan sudu dan mengoleskan sedikit ‘Colgete’ sebelum menyuapnya di dalam mulut.

@icaaeddie2

Tulunnnnnnn, baru 2 hari dok thailand dah pepelik perangai laki aku ni 🥹🥹🥹

♬ original sound – Upin & Ipin Official – Upin & Ipin Official

Adik kepada Achik Spin itu kemudian menunjukkan reaksi puas sambil menghayati sensasi yang menyegarkan dari suapannya itu.

Menerusi kapsyen hantaran isterinya, Nur Shamieza Eddie, tingkah laku aneh tersebut bermula apabila dia dan suaminya menjejaki negara seberang itu.

“Tolong, baru dua hari duduk Thailand dah pelik perangai laki aku ni. Pelik-pelik mengidam dia ni,” tulis isterinya yang turut meluahkan kerisauannya.

Rata-rata peminat terhibur dengan kelakuan Tajul dan mengingatkannya bahawa pes yang ditelan itu bukanlah wasabi mahupun sos cili.

“Itu colgate bukan sos cili bang,” komen sorang pengguna bernama Miue.

“Ingat itu wasabi ke,” komen pengguna lain.

Seorang peminat turut berseloroh bahawa santapan itu adalah rahsianya bagi mendapatkan suara merdu dengan intonasi tinggi.

Namun begitu, terdapat sebilangan peminat yang risau berikutan colgete yang mengandungi fluorida itu membahayakan sekiranya diambil secara berlebihan.

Baca juga: Hanya kerana cemburu, wanita dan ibu mentua culik kekasih suami

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*