Ingatkan bapa dan anak, rupanya suami isteri

Sepasang suami isteri di Medan, Indonesia, menjadi perhatian netizen kerana mempunyai perbezaan umur ketara sehingga membuatkan ramai menyangka mereka adalah bapa dan anak, lapor portal berita Wolipop hari ini.

Berdasarkan video yang dimuat naik di TikTok, wanita bernama Uswatun Hasanah berkongsikan gambar perkahwinan dengan suaminya.

“Saya berlatih untuk senyum agar nampak berseri sebelum hari perkahwinan,” katanya menerusi hantaran tersebut.

Video itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Anda sangat cantik. Ketawa dan senyum kerana bahagia,” komen seorang netizen.

“Oh, itu suaminya. Saya fikirkan bapanya,” kata seorang lagi pengguna.

Wolipop kemudian menghubungi Uswatun bagi mengesahkan video tersebut.

Menurut wanita berkenaan, dia dan suaminya bekerja bersama pada tahun 2017.

“Tahun 2017 bekerja bersama, 2022 tinggal serumah (berkahwin),” kata Uswatun. – Agensi

BACA: Seorang lelaki dipatuk ketika cuba cium ular

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*