Ingatkan Senang..Rupanya Depa Power & Kami Tidak – Jurgen Klopp

Jurgen Kloop minta maaf

Pengurus Liverpool, Jurgen Kloop memohon maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya ekoran kekalahan The Reds ketika menentang Brighton di Stadium Amex semalam.

Memetik Liverpool Echo, The Reds dikatakan telah kalah enam kali dan ketinggalan tujuh mata daripada daripada Newcastle yang menduduki tempat terakhir Liga Juara-Juara.

Sejurus selepas perlawanan itu selesai, Kloop memberikan isyarat memohon maaf kepada penyokong The Reds yang hadir ke stadium lawan, Stadium Amex.

Jurgen Kloop minta maaf
Kredit: John Powell/Liverpool FC

“Bayangkan saya akan gembira dengan keputusan sebegitu? Tahniah kepada Brighton kerana bermain dengan cemerlang.

“Saya benar-benar terfikir perlawanan itu mudah untuk mereka (pemain) tetapi secara umumnya rupanya mereka cemerlang (pemain Brighton) dan kami tidak,” kata Kloop.

Sementara itu, Kloop juga mengubah strategi perlawanan dengan harapan ia berfungi dengan baik, namun sebenarnya tidak.

“Kami cuba membantu dengan organisasi yang sedikit berbeza. Saya fikir ia boleh berfungsi dengan baik. Kami mempunyai saat-saat penting apabila ia berfungsi dengan baik atau meletakkan pemain di bawah tekanan.

“Tetapi apabila kami mula mengusai bola, kami mudah kehilangan dalam beberapa saat sahaja. Itulah masalah utama. Kami tidak pernah berjaya. Brighton lebih baik sepanjang 97 minit perlawanan,” tambah Kloop.

Malah, Kloop juga menyifatkan masalah tersebut sama seperti minggu lepas (ketika menentang Brentford) kerana tidak dapat mengawal bola dengan baik malah mudah kehilangannya.

“Ia masih 0-0 pada separuh masa pertama dan permulaan yang paling buruk untuk separuh masa kedua dalam perlawanan dengan pasukan lawan telah bersedia untuk melakukan sesuatu.

“Masalahnya sama seperti minggu lepas. Kami tidak memenangi perlawanan penting di atas padang. Sangat sukar untuk mengawal kehilangan bola.

“Ini tanggungjawab saya sepenuhnya. Saya mempunyai idea dengan formasi yang berbeza dan ia tidak berjaya. Maaf,” katanya.

Dalam masa yang sama, Kloop tidak menidakkan bahawa pemain telah beraksi dengan luar biasa dan sedar bahawa kemenangan tersebut tidak berpihak kepada The Reds.

Jurgen Kloop minta maaf
Kredit: John Powell/Liverpool FC

Imbas kembali perlawanan semalam, kedudukan masih terikat 0-0 untuk separuh masa pertama. Manakala, pada separuh masa kedua, gol pembukaan dijaringkan oleh Solly March pada minit ke-47 perlawanan.

Selang beberapa minit kemudian, Solly March sekali lagi meledakkan gawang Liverpool dengan menewaskan penjaga gol lawan, Alisson.

Dalam beberapa minit pasukannya ketinggalan 0-2, Klopp melakukan empat pertukaran apabila Harvey Elliott, Joe Gomez, Naby Keita dan pemain remaja Ben Doak menggantikan Jordan Henderson, Joel Matip, Fabinho dan Alex Oxlade-Chamberlain.

Namun, kesempatan itu juga tidak dapat menewaskan pihak lawan dengan jaringan tambahan daripada bekas pemain Manchester United, Wellbeck beberapa minit sebelum wisel penamat dibunyikan.

Keputusan Liverpool menentang Brighton kekal 0-3 sehingga ke wisel penamat, menjadikan The Reds sekadar menduduki tempat kesembilan dengan 28 mata, jurang satu mata dengan pendahulu Brentford.

United balas dendam terhadap City

Sementara itu, United sekali lagi terus mengekalkan rekod kemenangan berturut-turut apabila beraksi cemerlang menetang seteru ‘sebandar’, Manchester City dengan kemenangan 2-1.

Dalam pertemuan ‘Manchester Derby’ itu, City mendahului perlawanan dengan jaringan pertama hasil tandukan Jack Grealish pada minit ke-60 selepas menerima hantaran (assist) daripada Kevin De Bruyne.

Kegembiraan City bagaimanapun tidak kekal lama apabila kapten United, Bruno Fernandez meledak gol penyamaan 1-1 menerusi taktikal ‘mengelirukan’ bersama penyerang, Marcus Rashford di depan gawang gol pada minit ke-78.

Empat minit kemudian, United nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan jaringan seterusnya apabila Rashford meledak gol kedua hasil hantaran (assist) dari pemain muda, Alejandro Garnacho pada minit ke-82.

Keputusan 2-1 kekal hingga ke wisel penamat, sekali gus melayakkan United naik ke tangga ketiga EPL dengan 38 mata, hanya berbeza satu mata di belakang City.

Kemenangan United ke atas City kali ini boleh dianggap sebagai misi ‘balas dendam’ setelah skuad kendalian Eric ten Hag dimalukan dengan kekalahan besar 3-6 ketika saingan EPL di Etihad tahun lepas.

Sumber: Liverpool Echo

The post Ingatkan Senang..Rupanya Depa Power & Kami Tidak – Jurgen Klopp appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*