Ini 10 Perkara Yang Perlu Anda Buat Sekiranya Ahli Keluarga Baru Meninggal Dunia

Ahli Keluarga Meninggal Dunia

Mesti buntu apabila ada ahli keluarga meninggal dunia, nak buat apa tetapi tidak tahu kan? Jadi ini 10 perkara yang perlu anda buat jika menghadapi situasi tersebut.

Sedih memang sedih apabila ahli keluarga pergi meninggalkan kita buat selama-lamanya. Terasa bagaikan dunia seakan tidak ‘sempurna’ kerana mereka ‘dipinjamkan’ dalam masa yang singkat sahaja.

Namun, kita perlu berserah kepada Maha Pencipta. Jodoh, ajal atau maut semuanya sudah tertulis untuk kita, bila dan di mana sahaja kita tidak tahu.

Jadi, dalam kesempatan yang masih ada, hargailah setiap saat bersama orang tersayang, kita tidak tahu mungkin hari ini kita masih bergelak ketawa, esok kita dikhabarkan dengan kepergiannya.

Tidak dinafikan, betapa sedihnya perasaan pada ketika itu, namun perlu diingati bahawa sebagai waris terdekat, ada tanggungjawab yang perlu kita galas walaupun kesedihan tidak terkira yang kita tanggung.

Ikuti perkongsian ini supaya anda sedar akan tanggungjawab anda. Semoga bermanfaat!

Apa nak buat apabila ahli keluarga meninggal dunia?

Dalam perkongsian seorang pegawai institusi zakat Faisal Rahim di laman Twitter, terdapat 10 perkara yang perlu anda lakukan sekiranya ada ahli keluarga baru sahaja meninggal dunia.

Yang pertama, anda perlu tanggalkan baju jenazah. Hal ini kerana jika menunggu lebih lama anda akan sukar untuk menanggalkannya disebabkan sendinya sudah mengeras.

Ahli Keluarga Meninggal Dunia
Gambar Hiasan | Kredit: Kompas Health

Seterusnya, jika jenazah disimpan untuk semalaman, anda perlu urut bahagian tulang sendiri menggunakan minyak untuk mengelakkan jenazah daripada mengeras.

Tetapi, sekiranya mayat terus dimandikan pada masa itu juga, tidak disarankan untuk mengurut menggunakan minyak kerana kesan minyak sukar untuk dibilas.

Yang keempat, elakkan menutup jenazah menggunakan kain batik. Memang tidak dapat dinafikan banyak orang gunakan kaedah ini tetapi kain batik bersifat nipis. Jadi, sekiranya dimandikan, lekuk badan jenazah terutamanya wanita akan kelihatan dengan jelas.

Penyelesaian kepada masalah ini adalah anda perlu menggunakan kain yang bersifat tebal seperti ‘comforter‘ selepas itu alaskan bahagian atas dengan menggunakan kain batik tadi.

Seterusnya, elakkan daripada mendedahkan muka jenazah kepada sesiapa sahaja walaupun kawan rapat (sebelum dimandikan) kerana pada ketika itu aurat jenazah terdedah.

Beralih kepada ikatan kain perca yang diikat kepada jenazah, ia terbahagi kepada tiga bahagian sendi utama. Yang pertama, bahagian kepala iaitu bertujuan untuk mengelakkan daripada dimasuki binatang (ternganga). Anda perlu ikat pada bahagian bawah rahang dan bukannya di bawah dagu.

Ahli Keluarga Meninggal Dunia
Gambar Hiasan | Kredit: Sinar Plus

Untuk bahagian tangan pula, pastikan tangan jenazah dilipat seperti sedang solat manakala pada bahagian kaki, anda perlu pastikan bahawa kaki jenazah perlu dirapatkan dan ikat antara kedua-dua betisnya.

Sementara itu, sekiranya jenazah merupakan seorang pesakit, tidak disarankan untuk anda membuka tampalan atau kesan pada badan mangsa misalnya leher (dialisis) dan sebagainya.

Sekiranya dibuka ketika memandikan jenazah, anda perlu tampalkan semua bahagian-bahagian tersebut. Hal ini untuk mengurangkan berlakunya pendarahan semula pada jenazah kerana perkara itu merupakan aib jenazah.

Beralih kepada penyediaan kubur untuk jenazah, anda perlu ambil ukuran tinggi dan lebar jenazah untuk diberikan kepada penggali kubur atau tukang keranda kayu, sekiranya memerlukan.

Yang terakhir, berkaitan Bahagian Khairat Kematian Masjid, anda perlu maklumkan pemergian ahli keluarga anda kepada mereka. Sekiranya jenazah mempunyai Khairat Kematian, pihak tersebut akan menjalankan khidmat seperti mandi, kafan dan kebumikan jenazah secara percuma tetapi sekiranya sebaliknya anda perlu sediakan duit dalam anggaran RM1,500 sebagai bayaran.

Dalam masa yang sama, Faisal Rahim turut menasihatkan bahawa mengurus jenazah ini berkaitan dengan maruah dan aib, jadi ia perlu dijaga sebaik-baiknya.

Disebabkan itu, ada pihak yang menguruskan jenazah lebih suka sekiranya waris sendiri yang menguruskannya dan mereka hanya memantau kerana ia lebih afdhal. Malah, anak sulung dikatakan perlu lebih bersedia manakala anak lelaki sebaiknya perlu tahu untuk solatkan jenazah.

Untuk baca keseluruhan tulisan asal Faisal Rahim boleh rujuk pada bebenang di bawah.

 

Sumber: Faisal Rahim | Twitter

The post Ini 10 Perkara Yang Perlu Anda Buat Sekiranya Ahli Keluarga Baru Meninggal Dunia appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*