Ini Anda Kena Buat Untuk Pastikan Rumah Kekal Bersih & Wangi

Rumah bersih & wangi

Ini Anda Kena Buat Untuk Pastikan Rumah Kekal Bersih & Wangi

Memiliki sebuah rumah merupakan impian bagi setiap orang apatah lagi bagi mereka yang sudah mendirikan rumah tangga bersama pasangan hidup.

Bagaimanapun, bukan sesuatu yang mudah untuk memastikan suasana rumah sentiasa berada dalam keadaan yang menyenangkan. Jika rumah tidak diurus dengan baik, ia mudah kelihatan kusam dan berbau. Lebih lebih lagi bagi mereka yang memiliki ruang rumah yang luas.

Sehubungan itu, hari ini SK akan berkongsikan tips penjagaan rumah agar kekal wangi oleh Nik Zainah Muhammad menerusi Nur Dhiya di Facebook Kumpulan MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL.

Tips Rumah Kekal Bersih & Wangi

Jom wangikan rumah… sis belek-belek baca di internet dan jumpa empat tips ni. So sis letak sini kita amalkan ramai-ramai. Good luck you all and good luck to me. 

Habuk Tak Melekat Pada Perabot

Gambar: Brian Ferry

Bahan-Bahan:

Antara bahan yang digunakan termasuklah 1 penutup pelembut fabrik dan 10 cawan air. 

Langkah-Langkah:

Caranya mudah sahaja. Bancuh kedua bahan ini hingga sebati kemudian lapkan pada semua perabot kesayangan anda.

Cara ini buat perabot tidak mudah lekat habuk malah rumah juga berbau lebih harum. 

Kilatkan Lantai Rumah

Lantai melekit memang buat rasa tak selesa lebih-lebih lagi apabila selepas proses memasak selesai. Jangan buang masa sebaliknya cuba cara ini sekarang.

Bahan-Bahan:

Antara bahan yang digunakan termasuklah 1 penutup pencuci lantai, cuka dan air panas. 

Langkah-Langkah:

Mulakan dengan menyapu sampah terlebih dahulu hingga sampah dan habuk dibersihkan. Satukan kesemua bahan di atas dan mulakan mengemop pada lantai. Hasilnya lantai lebih licin dan berkilat seperti baru menukar jubin. Kena cuba!

BACA JUGA: Guna Cawan Polisterin Je, Ini Tips Pasang Langsir Nampak Lagi Kemas & Cantik

Wangikan Rumah 

Selain menggunakan penyegar udara bagi membolehkan udara keluar masuk, cubalah gunakan petua ini untuk pastikan rumah anda lebih wangi dan selesa berada di dalamnya.

Bahan-Bahan: 

Bahan-bahan yang diguna pakai seperti 1 penutup pelembut fabrik dan cuka. 

Langkah-Langkah:

Senang sahaja iaitu dengan mencampurkan kedua bahan ini dan semburkan pada seluruh rumah anda. Gabungan dua bahan ini memberi bau dan memperbaiki udara yang lebih bersih.

Pastikan langsir dan kesemua perabot berfabrik disembur dengan padu. Baunya tahan lebih lama. Paling penting wangi!

Segarkan Bilik Air 

Gambar: Future / Jonathan Gooch

Bahan-Bahan:

Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menyegarkan bilik air termasuklah 1 sudu kecil teh soda bikarbonat, 1 sudu teh cuka dan 1 cawan air.

Langkah-Langkah:

Satukan kesemua bahan ini dan masukkan ke dalam penyembur. Semburkan ke seluruh bilik air setiap hari. Hasilnya bilik air rasa lebih segar dan harum.

Selamat Mencuba

Sumber: Nik Zainah Muhammad via Nur Dhiya Facebook Kumpulan MASAK APA TAK JADI HARI INI OFFICIAL

The post Ini Anda Kena Buat Untuk Pastikan Rumah Kekal Bersih & Wangi appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*