Ini Peranan Tan Sri Syed Danial Dan Sejarah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja

syed danial penyimpan mohor besar raja-raja

Ini Peranan Tan Sri Syed Danial Dan Sejarah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja 

Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad merupakan individu yang paling ditunggu oleh rakyat Malaysia terutamanya pada bulan Ramadan dan Syawal susulan beliau merupakan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Setiap kali pengumuman untuk tarikh puasa dan Hari Raya, orang ramai akan mula berteka-teki berhubung warna baju yang akan dipakai oleh Syed Danial.

Walaupun hanya muncul sekejap di televisyen, Syed Danial meninggalkan kesan yang mendalam kepada umat Islam kerana beliau mengingatkan kepada Aidilfitri serta Ramadan.

Untuk itu, bagi mengenalinya dengan lebih mendalam, ikuti perkongsian biodata Syed Danial serta sejarah mengenai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja.

Biodata Syed Danial Syed Ahmad

Kredit: Awani

Dilahirkan pada 30 November 1944, Syed Danial membesar di Georgetown, Pulau Pinang dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kelawai.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajarannya di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) Perak sehingga tamat persekolahan.

Selepas menamatkan sesi persekolahan, Syed Danial melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Malaya pada 1967.

Setelah itu, beliau meyambung pengajian akademiknya di luar negara di University of Wisconsin yang terletak di Amerika Syarikat.

Untuk menjadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, seseorang itu perlulah menjadi pegawai kanan kerajaan yang masih berkhidmat atau bersara.

Sebelum ini, beliau pernah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) selama 32 tahun di pelbagai kementerian, agensi dan jabatan kerajaan.

Beliau juga pernah ditempatkan di negeri Sabah, Sarawak, Perak, Kedah dan Perlis semasa menjawat jawatan PTD pada Mei 1967 sehingga Disember 1999.

Selepas bersara pada 2002, Syed Danial dilantik untuk menjadi Datuk Paduka Maharaja Lela di Istana Negara sehingga 2004.

Kemudian, beliau menjadi Datuk Pengelola Bijaya Diraja pada tahun 2004 hingga 2006 dan seterusnya dilantik oleh Majlis Raja-Raja sebagai Ahli Majlis Angkatan Tentera di bawah peruntukan Perkara 137, Perlembagaan Persekutuan.

BACA: Pengumuman Puasa Dijangka Hari Ini, Warganet Mula Berteka-Teki Warna Baju Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

Sejarah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja

Kredit: Majlis Raja-Raja

Pada asalnya penjawat jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ialah kakitangan kerajaan yang paling kanan. Telah diputuskan dalam salah satu Mesyuarat Majlis Raja-raja bahawa jawatan Penyimpan Mohor Besar ini tidak boleh kurang tarafnya daripada Menteri Besar yang paling kanan, yang pada masa itu merupakan seorang kakitangan kerajaan yang kanan. Justifikasinya ialah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja bertindak bagi pihak semua Raja, manakala Menteri Besar hanya mewakili Rajanya sahaja. Tambahan lagi Raja-raja masih mempunyai sedikit kuasa eksekutif dan dengan demikian Baginda sekalian memerlukan seorang pegawai kanan.

Selepas merdeka, kuasa eksekutif Raja-raja dipindahkan kepada rakyat. Maka jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja tidak lagi mendukung tanggungjawab seperti yang pernah termaktub sebelumnya.

Jadual Kelima dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa:

“3. Majlis Raja-raja hendaklah mempunyai suatu Mohor Besar Raja-raja yang hendaklah dalam jagaan seseorang yang dilantik oleh Majlis itu.

4. Orang yang dilantik dibawah Seksyen 3 hendaklah dikenali sebagai Penyimpan Mohor Besar Raja-raja, hendaklah bertindak sebagai Setiausaha Majlis Raja-raja dan hendaklah memegang jawatannya selama yang diperkenankan oleh Majlis itu.

“6. Penyimpan Mohor Besar Raja-raja hendaklah memanggil mesyuarat Majlis Raja-raja bilamasa dikehendaki berbuat sedemikian oleh Yang di-Pertuan Agong atau oleh tidak kurang daripada tiga orang anggota Majlis itu dan, dengan tidak dikehendaki berbuat sedemikian, tidak lewat daripada empat minggu sebelum habis tempoh jawatan Yang di-Pertuan Agong dan apabila berlaku kekosongan dalam jawatan itu atau dalam jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.”

Gelaran “Penyimpan Mohor Besar Raja-raja” (“The Keeper of the Rulers’ Seal”), dibawa jauh dari England ke Malaysia melalui India. Ia berasal dari Britain dan berakar umbi lebih 600 tahun dahulu. Beliau dikenali dengan nama ini memandangkan beliaulah yang menjaga Mohor Besar Raja-raja. Tidak banyak orang yang mengetahui tugas yang dijalankan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja ini. Sebenarnya beliau merupakan Setiausaha Majlis Raja-raja (Seksyen 4 Jadual Kelima dalam Perlembagaan Persekutuan).

Sumber: Majlis Raja-Raja

The post Ini Peranan Tan Sri Syed Danial Dan Sejarah Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*