Ini Tiga Gol Terbaik Pernah ‘Diledak’ Safee Sali

gol terbaik safee sali

Ini Tiga Gol Terbaik Pernah ‘Diledak’ Safee Sali

Bola sepak sememangnya menjadi salah satu sukan paling diminati di seluruh dunia. Tidak kira di mana ia dimainkan, ia sentiasa tumpuan mata.

Di Malaysia, bola sepak tidak boleh dinafikan sebagai sukan paling diminati ramai baik lelaki mahupun perempuan.

Sukan bola sepak ini juga telah melahirkan ramai bintang-bintang tempatan seperti legenda Mokhtar Dahari, Hairuddin Omar, Akmal Rizal Rakhli dan juga Safee Sali.

Sebut sahaja “Super Safee” Siapa yang tidak kenal ikon bola sepak negara, Mohd Safee Mohd Sali.

Bagaimanapun, anak jati negeri Selangor itu baru sahaja mengumumkan persaraannya dalam kancah bola sepak hari ini. Berita ini sudah semestinya menjadi satu tamparan hebat buat peminat di luar sana yang masih dahagakan aksinya di atas padang.

Bermain selama dua dekad, tentunya pelbagai gol pernah dijaringkan oleh beliau dari setiap sudut yang tidak dijangka. Oleh itu, mari kita mengimbau kembali sejarah dan gol terbaik Safee Sali di bawah ini.

Gol Tanduk Final AFF Suzuki Cup 2010 (Pusingan Pertama)

Pada Kejohanan Piala AFF Suzuki Cup edisi 2010, Malaysia buat kali pertama dalam sejarah muncul juara.

Malaysia menyandang gelaran johan selepas menundukkan negara jiran, Indonesia, dengan agregat 4-2.

Dalam aksi penuh dramatik itu, Safee Sali turut mencatat nama sebagai penjaring gol pada perlawanan pusingan pertama (akhir) di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Gol menerusi hantaran salah seorang pemain malaysia berjaya disambut baik oleh Safee yang menanduk cantik ke dalam gawang lawan. Paling diingati, beliau sempat menangis ketika menyambut jaringan tersebut.

gol terbaik safee sali
Gambar: AFF Mitsubishi Electric Cup

Gol Sepakan Kaki Kiri Final AFF Suzuki Cup 2010 (Pusingan Kedua)

Pada perlawanan timbal balik di gelanggang lawan, skuad negara tewas 1-2 ke atas Indonesia.

Gol tunggal skuad negara sekali lagi disumbangkan oleh penyerang berbisa negara, Safee Sali. Menariknya, gol itu dijaringkan menerusi sepakan kencang kaki kiri.

BACA JUGA: Rasmi, Safee Sali Umum Bersara

Umumnya, beliau merupakan seorang pemain berkaki kanan.

Bagaimanapun, tiga gol yang dibawa dari laman sendiri sudah cukup untuk menobatkan Malaysia sebagai juara.

Gambar: AFF Mitsubishi Electric Cup

Lebih manis lagi, Safee turut memenangi anugerah Golden Boot bagi edisi tersebut.

Sepakan Gunting “Bicycle Kick” Sewaktu Menewaskan East Bengal FC

Dalam perlawanan Johor Darul Ta’zim menentang pasukan dari India, East Bengal pada Piala Asian Football Cup (AFC) pada 2015,  JDT telah merakamkan kemenangan ke atas pihak lawan dengan skor 4-1.

Perlawanan tersebut bertempat di Stadium Haji Hassan Yunos Larkin.

Dalam perlawanan ini, Safee Sali telah mencuri tumpuan ramai selepas menjaringkan cantik untuk memastikan wakil negara itu menang selesa di laman sendiri.

Karier Bola Sepak Safee Sali

Mohd Safee Mohd Sali atau Safee Sali memulakan karier bola sepaknya sejak tahun 2004. Ikon bola sepak negara itu pernah bermain dengan pelbagai kelab tempatan dan luar negara.

Antaranya, Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor Football Club (FC), Kuala Lumpur City FC, Petaling Jaya FC dan Pelita Jaya FC (Indonesia).

Pencapaian Safee Sali

Selepas hampir 20 tahun terlibat dalam arena ini, beliau telah menjaringkan lebih 136 gol untuk kelab dan 47 untuk skuad kebangsaan.

Antara kejayaan yang berjaya dikecapi olehnya termasuklah membawa Malaysia juara Piala AFF Suzuki 2010.

Selain itu, Safee juga memegang rekod pemain bola sepak tempatan yang pertama bermain dalam dua perlawanan akhir di Asian Football Cup bersama JDT (Juara 2015) dan KL City (Naib Juara 2022).

Sumber: AFF Mitsubishi Electrip Cup, Johor Southern Tigers

The post Ini Tiga Gol Terbaik Pernah ‘Diledak’ Safee Sali appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*