Ini Tujuh Youtuber Terkaya Di Dunia, Jutawan Pencipta Kandungan

Youtuber Terkaya Di Dunia

Ini Tujuh Youtuber Terkaya Di Dunia, Jutawan Pencipta Kandungan

Hari ini, YouTuber ataupun pencipta kandungan menjadi kerjaya pilihan bagi sesetengah orang. Bukan setakat terkenal dalam kalangan pengikut salurang masing-masing, YouTuber juga sebenarnya mampu meraih pendapatan mencecah ratusan ribu ringgit setiap bulan.

Beberapa YouTuber hari ini membuktikan mereka mampu menjadi jutawan dengan hanya menghasilkan kandungan kreatif dan menarik. Siapakah mereka ini?

Jom ikuti perkongsian @Beastlab menerusi laman twitter mereka berkenaan tujuh YouTuber terkaya di dunia.

Tujuh YouTuber terkaya di dunia

CoComelon

Youtuber Terkaya Di Dunia
Kredit: @beastlab_/ Twitter

Saluran YouTube terkenal CoComelon, mencipta nama menerusi karya-karya kreatif yang dikhaskan untuk kanak-kanak.

Jay Jeon, isteri dan anak-anaknya melancarkan saluran ini tahun 2006 dengan nama asal ‘Checkgate’, sebelum ditukar kepada CoComelon pada 2018. Populariti saluran ini telah menjadikan keluarga ini YouTuber terkaya di dunia nilai kekayaan bersih USD 460 juta.

Jeffreestar

Youtuber Terkaya Di Dunia
Kredit: @beastlab_/ Twitter

Jeffree Star merupakan seorang YouTuber  yang terkenal dengan jenama kosmetik sendiri, Jeffree Star Cosmetics. Selain itu, beliau juga merupakan seorang jurusolek berprofil tinggi dan pernah menjadi penyanyi sebelum ini.

Star mula meraih populariti sebagai YouTuber terkemuka dunia sejak beliau mula mempromosikan produk kosmetiknya menerusi YouTube.

Ketika ini, nilai bersih Youtubenya dianggarkan adalah USD 200 juta.

Ryan’s World

Youtuber Terkaya Di Dunia
Kredit: @beastlab_/ Twitter

Ryan Kaji adalah seorang kanak-kanak lelaki dari Texas, Amerika Syarikat yang berjaya menjadi salah seorang YouTuber berpendapatan tertinggi di dunia.

Ryan’s World, saluran Youtube yang diasaskannya banyak mengulas mengenai alat-alat permainan. Menerusi video-video yang dimuat naik, Ryan kerap kali muncul bersama ibu bapa dan adik kembarnya. Difahamkan, Ryan mula menghasilkan kandungan sejak dia berusia empat tahun lagi.

Hari ini, Ryan’s World yang mempunyai 34.4 juta pengikut mempunyai nilai bersih melebihi USD 100 juta.

MrBeast

Youtuber Terkaya Di Dunia
Kredit: @beastlab_/ Twitter

Siapa yang tidak kenal dengan saluran YouTube, MrBeast dan pengasasnya Jimmy Donaldson ini. Mula memuat naik kandungan di YouTube sejak berusia 13 tahun, beliau merupakan salah seorang YouTuber terkaya di dunia dengan nilai bersih lebih USD 100 juta.

Saluran MrBeast juga merupakan salah satu saluran YouTube dengan jumlah pengikut teramai di dunia.

Kaya dengan Youtube, Jadi “Fighter” pula

Logan Paul

Youtuber Terkaya Di Dunia
Kredit: @beastlab_/ Twitter

Logan Paul juga merupakan salah seorang YouTuber yang meraih pendapatan tertinggi di dunia. Namun begitu, sebelum terkenal di YouTube, Paul terlebih dahulu mencipta nama menerusi aplikasi Vine sehingga kerap kali dijemput menyertai rancangan bual bicara televisyen tempatan.

Hari ini, selain menjadi pencipta kandungan, YouTuber asal Amerika Syarikat ini juga aktif menjadi seorang peninju dan pernah bertanding secara profesional. Paul memiliki kekayaan bersih USD 45 juta.

Ninja

Youtuber Terkaya Di Dunia
Kredit: @beastlab_/ Twitter

Saluran Ninja yang diasaskan oleh Richard Tyler Blevins hari ini merupakan salah satu saluran yang berkongsi aksi-aksi permainan video paling popular di dunia. Di saluran tersebut, Ninja selalu mengadakan stream langsung bermain permainan seperti Fornite.

Selain di Youtube, Ninja juga aktif di platform Twitch dan muncul sebagai akaun paling banyak diikuti pada 2023. Nilai bersih Ninja adalah USD 40 juta.

PewDiePie

Youtuber Terkaya Di Dunia
Kredit: @beastlab_/ Twitter

PewDiePie merupakan saluran yang diasaskan oleh Felix Arvid Ulf Kjellberg, iaitu seorang personaliti YouTube dan pencipta kandungan paling terkenal di Sweden.

Saluran PewDiePie yang banyak berkongsi kandungan video permainan genre seram dan aksi, menjadi saluran YouTube yang paling pesat berkembang dan paling banyak langganan. Nilai bersih untuk akaunnya ketika ini dianggarkan pada USD 40 juta.

Itulah antara YouTuber terkaya di dunia yang telah berjaya memperolehi pendapatan daripada saluran YouTube mereka. Dalam era serba digital ini, menjadi pencipta kandungan menerusi YouTube sememangnya menjanjikan pulangan yang amat lumayan.

BACA: Gempa Bumi Turkiye: Istana Gaziantep Berusia 2,200 Tahun Runtuh

Sumber: @beastlab_ via Twitter

The post Ini Tujuh Youtuber Terkaya Di Dunia, Jutawan Pencipta Kandungan appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*