Inovasi RRIMniaga™ Bantu Lebih 300,000 Pekebun Kecil Getah

Aplikasi RRIMniaga iaitu inovasi Lembaga Getah Malaysia (LGM) telah merangkul empat (4) anugerah yang dipertandingkan dalam Malaysian Technology Expo (MTE) 2023 di World Trade Centre, Kuala Lumpur yang telah berlangsung pada 16 hingga 18 Mac 2023. Inovasi LGM yang disertai tersebut bertajuk RRIMniaga: Platform Kebolehkesanan Untuk Kelestarian Rantaian Bekalan Getah Asli (Traceability Platform for Sustainable Natural Rubber (NR) Supply Chains).

Dua (2) Anugerah Emas yang dirangkul LGM adalah Inovasi Perkhidmatan Awam Asia (Public Service Innovation Asia) dan Anugerah Inovasi Antarabangsa (International Innovation Awards). LGM turut merangkul dua (2) Anugerah Khas iaitu Inovasi Perkhidmatan Awam Terbaik daripada Persatuan Harta Intelek Jepun (Japan Intellectual Property Association) serta Anugerah Inovasi Antarabangsa (International Innovation Awards) daripada MTUN TVET.

RRIMniaga merupakan aplikasi yang digunakan oleh peniaga getah berlesen LGM untuk merekodkan urus niaga jual beli getah. Inovasi RRIMniaga adalah selaras dengan dasar Kerajaan untuk melestarikan industri getah dan mempunyai pangkalan data yang komprehensif ke arah kebolehkesanan (traceability).  Mulai 1 Januari 2021, semua bantuan Kerajaan termasuk Insentif Pengeluaran Getah (IPG) dan Insentif Pengeluaran Lateks (IPL) telah dibayar secara automatik oleh LGM terus ke akaun pekebun kecil getah melalui data transaksi aplikasi RRIMniaga. Dengan RRIMniaga, proses penyaluran bantuan adalah lebih mudah dimana ia memberi manfaat kepada lebih 300,000 pekebun kecil getah kerana mereka tidak perlu lagi ke pejabat LGM untuk mengemukakan permohonan bantuan. 

LGM sentiasa prihatin dan turun padang dengan membuka Kaunter Bergerak (One Stop Centre) di kawasan-kawasan pedalaman untuk memberi kesedaran kepada pekebun kecil untuk memastikan mereka mempunyai Permit Autoriti Transaksi Getah (PAT-G)  dan menjual getah kepada pelesen yang mengguna pakai aplikasi RRIMniaga™.

The post Inovasi RRIMniaga™ Bantu Lebih 300,000 Pekebun Kecil Getah appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*