iPhone Generasi Pertama Dijual Dengan Harga Lebih RM200k

iphone generasi pertama dijual

iPhone Generasi Pertama Dijual Dengan Harga Lebih RM200k

AMERIKA SYARIKAT — Sebuah iPhone generasi pertama dijual pada harga RM281,302 ($63,356.40) di acara lelongan LCG baru-baru ini, lapor CBS News.

Difahamkan, telefon keluaran 2007 yang masih berada di dalam kotak dan belum dibuka itu mula dilelong pada tanda harga melebihi RM11,000 ($2,500). Pada awalnya ia diramal mencecah RM221,900 ($50,000).

Bagaimanapun, ia melebihi jangkaan harga sebanyak RM57,600 (13,000) selepas 27 kali bidaan dibuat pada Ahad lalu.

Pemilik asal iPhone, Karen Green berkata gajet itu merupakan telefon dengan storan 8GB dianggarkan bernilai melebihi RM22,000 pada tahun 2019.

Jelas Green, dia menerima hadiah iPhone itu daripada rakan-rakannya sewaktu mendapat pekerjaan baharu pada tahun 2007. Namun, disebabkan telah mempunyai telefon baru. Dia mengambil keputusan untuk tidak membukanya.

“Saya tidak mahu membuang telefon saya. Kerana ia iPhone, jadi ia tidak ketinggalan zaman,” katanya,

Tambah Green, rakan-rakannya mungkin membeli telefon itu pada harga lebih RM2,200 ($499) hingga RM2,600 ($599) ketika itu.

Untuk makluman, Pengasas Apple, Steve Jobs mula memperkenalkan iPhone buat pertama kali pada 9 Januari 2007 di MacWorld (Pameran perdagangan yang terletak di San Francisco).

iPhone keluaran pertama itu mempunnyai reka bentuk licin, dan skrin yang responsif pada zaman berkenaan. Bukan itu sahaja, ia mampu menyemak imbas web dan mempunyai dua megapiksel kamera.

Jenama itu semakin popular dalam tempoh masa yang singkat.

BACA JUGA: Ramai Tak Tahu, Ini Fungsi “Grill” Di Bahagian Depan Kereta 

Terdahulu, iPhone keluaran pertama itu sebelum ini telah dilelong pada harga melebihi RM157,000 ($35,414) pada Ogos lalu. Manakala satu lagi iPhone model yang sama turut dilelong pada tanda jualan melebihi RM174,000 Oktober lalu di LCG.

Untuk pengetahuan, Syarikat Apple menjadi jenama yang semakin menambat hati peminat. Lebih-lebih lagi, terdapat banyak sejarah produk itu dalam industri teknologi.

Tahun lalu, prototaip komputer keluaran syarikat itu pada tahun 1970-an dijual dengan harga lebih RM3,000,000 ($677,000).

Sebelum ini, sebuah lawan web, Picodi.com mendedahkan tempoh masa yang diperlukan untuk membeli sebuah iPhone 14 berdasarkan purata gaji di sesebuah negara.

Menariknya, untuk membeli sebuah model iPhone pro terkini itu (128GB), rakyat tempatan perlu bekerja selama 29.2 hari.

Lebih-lebih lagi, duit berkenaan perlu disimpan hanya untuk tujuan pembelian telefon pintar berkenaan.

Sumber: CBS News

The post iPhone Generasi Pertama Dijual Dengan Harga Lebih RM200k appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*