Connect with us

Global

Isteri buat laporan polis, letih & tak tahan suami kerap minta lakukan hubungan intim sejak minum air kelapa muda


Seorang wanita berusia 43 tahun membuat laporan polis terhadap suaminya kerana terlalu kerap menuntut untuk melakukan hubungan intim, sampai tujuh kali sehari.

Dalam kejadian yang berlaku di wilayah Chachoengsao, Thailand, wanita itu, yang identitinya tidak didedahkan, mengatakan nafsu suaminya yang berusia 64 tahun mula berubah secara mendadak sejak meminum air kelapa muda.

Pada mulanya, dia hanya melayani nafsu suaminya setelah lama tidak melakukan hubungan seks. Tetapi sejak dia amalkan minum air kepala muda, nafsu libidonya membuat suaminya kecanduan untuk menjalin hubungan intim.


Kerana keghairahannya yang begitu tinggi, melakukan hubungan intim dua kali tidak cukup baginya. Ini menjadikan pengadu mula merasa letih. “Dua kali tidak cukup baginya. Sekiranya dia masih tidak berpuas hati, dia meminta lagi untuk ketiga, keempat dan seterusnya.

“Walaupun setelah melakukannya beberapa kali sehari, dia juga akan meminta saya untuk memuaskannya lagi sebelum tidur,” katanya.

Kisah pasangan ini menjadi viral di media sosial dan sekarang penjualan air kelapa muda mula mendapat banyak permintaan dari penduduk tempatan yang percaya bahawa air kelapa adalah ‘viagra’ semula jadi.

Penjual air kelapa muda, Wandee Paoponpreuk, 43, berkata pelanggannya ada yang sanggup minum empat biji air kelapa muda di hadapan kedainya setelah mendapat tahu mengenai berita viral tersebut.

“Ada customer yang datang dan minum empat buah air kepala muda di depan kedai sebab nak tahu jika dakwaan itu benar seperti yang berlaku pada lelaki berusia 64 tahun berkenaan,” katanya.

Dia berkata bahawa air kepala sangat mudah diperoleh kerana ia adalah tanaman tempatan dan dijual pada harga 20 Baht (RM2.70). Doktor Kampanant Pornyokrai dari sebuah hospital tempatan mengatakan bahawa amalan meminum air kelapa dapat merangsang testosteron yang meningkatkan keinginan seksual pada lelaki, tetapi banyak kajian perlu dilakukan untuk membuktikan tuntutan tersebut.

Sumber: Daily Star

 

Youtube Channel: Subscribe JenamaTV


Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Fanpage

Tags