Isteri Hafidz Roshdi Kongsi Berita Keguguran, Elak Netizen Buat Spekulasi Sendiri

isteri hafidz roshdi keguguran

Isteri Hafidz Roshdi Kongsi Berita Keguguran, Elak Netizen Buat Spekulasi Sendiri

Isteri kepada pelakon Hafidz Roshi, Nurul Shuhada memaklumkan dirinya mengalami keguguran ketika kandungan mencecah 14 minggu, baru-baru ini. 

Dalam satu perkongsian di Instagram Official Hlive, Nurul Shuhada atau lebih mesra disapa Shu berkata keguguran berlaku berkemungkinan disebabkan tekanan yang dialami olehnya.

“Shu nak khabarkan satu berita sedih, Shu mengalami keguguran baru-baru ini, atas sebab, satu Allah dah takdirkan memang Shu tidak dapat nak teruskan kandungan.

“Kedua memang sebabkan Shu tidak dapat nak kawal stres, tidak makan ubat anti depresi.

“Jadi salah satu sebab juga kenapa tak dapat teruskan kandungan.

“Shu alami keguguran sewaktu kandungan berusia 14 minggu.

“Minta doa yang baik-baik daripada semua, nasihat yang positif untuk Shu dan anak-anak,” katanya dalam video yang dimuat naik pada Isnin.

Jelasnya, perkongsian itu terpaksa dibuat kerana enggan membiarkan orang ramai membuat spekulasi yang tidak berasas terhadap dirinya.

“Tujuan Shu untuk beritahu berita sedih ini, sebab tidak mahu perkara sama berulang sebab baru sahaja dapat berita dituduh sengaja melakukan pengguguran secara haram.

“Untuk mengelakkan lagi fitnah dan tuduhan yang tidak berasas jadi Shu minta pendapat dengan keluarga, peguam bersepakat untuk keluarkan kenyataan sedih ini.

“Ia juga untuk mengelakkan lagi sebarang spekulasi ataupun kecaman dan semua yang negatif,” tambahnya.

BACA: Siti Bainun Reka Cerita Bella Cedera Terkena Tumpahan Air Panas – Hakim

Hamil anak ketiga

Pada April lalu, media melaporkan Shuhada mengesahkan dirinya sedang hamil anak ketiga menerusi Instagram.

Pada ketika itu, dia memaklumkan usia kandungannya sudah memasuki minggu ke-10.

Media turut melaporkan, suaminya, Hafidz dilaporkan sudah pergi ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri.

Pemeriksaan itu dibuat selepas diperintahkan oleh Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu.

Keputusan mahkamah itu dibuat sewaktu perbicaraan kes terkait pada 13 Mac lalu.

Walau bagaimanapun, keputusan rasmi masih belum dikeluarkan oleh hospital berkenaan berkaitan tahap kesihatan psikatri beliau.

Sumber: Official Hlive, Sinar Harian

The post Isteri Hafidz Roshdi Kongsi Berita Keguguran, Elak Netizen Buat Spekulasi Sendiri appeared first on Siakap Keli.

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*