Isteri Raja Afiq Terima Kencaman Dek Kerana Tampil ‘Free Hair’: “Suami Ada menegur Tapi Tak Paksa…..”

Pelakon Raja Afiq baru-baru ini telah memuat naik video di TikTok. Perkongsian video tersebut bagaimanapun tular selepas isteri Raja Afiq iaitu Soffwany Yusoff dikecam teruk netizen gara-gara dilaporkan sudah tidak mengenakan hijab.

Nama Soffwany menjadi bualan hangat netizen apabila melihat dia tidak mengenakan tudung ketika sedang berjalan dengan suaminya di kawasan parkir. Perubahan itu secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya adakah Soffwany masih berhijab atau sebaliknya.

Soffwany yang juga aktif sebagai penyanyi itu berkata, isu tidak berhijab bukan satu perkara baru memandangkan dia belum sepenuhnya menutup aurat.

Klik untuk gambar besar

“Suami ada menegur saya mengenai isu ini tapi dia tak paksa saya untuk berhijab sepenuhnya. Cuma dia nasihatkan agar saya perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan dan ikhlas melakukannya.

“Suami ada beritahu mengenai video yang dimuat naiknya tular dan menerima banyak komen. Tapi saya tak baca dan ambil tahu mengenai komen yang ditinggalkan.

“Bagi yang mengenali saya daripada zaman saya tular sebagai kakak polis viral, malah sebelum saya berkawan dan berkahwin dengan Raja Afiq, mereka akan tahu saya tidak berhijab dalam hantaran gambar atau video di media sosial saya. Jadi ia bukan perkara baru.

<< BERITA & GAMBAR SELANJUTNYA – SILA KLIK >>

CopyAMP code

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*